Para penumpang kereta api laju di Jepun, dihiburkan dengan aksi perlawanan dua ahli gusti profesional.
Artikel Berkaitan: Nenek 90 Tahun Gagah Bekerja Untuk Kekal Sihat
Artikel Berkaitan: Guna Robot Untuk Pujuk Pelajar Datang Ke Sekolah
Penumpang terhibur
Menerusi laporan BBC News, DDT Pro-Wrestling yang berpangkalan di Tokyo telah menganjurkan pertempuran antara Minoru Suzuki dan Sanshiro Takagi dalam sebuah kereta api (Shinkansen). Seramai 75 orang penumpang menyaksikan perlawanan tersebut.
Shinkansen adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud bulllet train atau ‘kereta api peluru’.
Menurut media tempatan, tiket perlawanan antara Minoru Suzuki dan Sanshiro Takagi habis dijual dalam masa 30 minit.
Ahli gusti Jepun itu melakukan aksi seperti menumbuk, mencengkam dan bergelut antara satu sama lain. Mereka dilihat berjaya menggembirakan penumpang. Bukan itu sahaja, kesemua penumpang kelihatan merakam perlawanan yang sedang berlangsung itu.
Sekadar info, gusti profesional merupakan salah satu sukan paling popular di Jepun yang menyaksikan beberapa nama besar beraksi di sana, termasuk Hulk Hogan dan Kurt Angle.
Sumber: BBC News