berita

Penunggang Basikal Di Putrajaya Wajib Pasang Loceng, Lampu & Brek – Polis

January 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Aktiviti sukan berbasikal di jalan raya dilihat semakin menjadi tumpuan. Namun begitu, sukan berbasikal ini juga saban hari dilihat berpotensi mengundang risiko kemalangan di jalan raya dengan melibatkan kenderaan lain.

Terbaru, pihak polis Putrajaya menerusi laporan Astro Awani, bakal mengambil tindakan terhadap penunggang-penunggang basikal yang gagal mematuhi ciri-ciri keselamatan termasuk pemasangan loceng, lampu dan brek.

1,000 penunggang setiap hari minggu

Sumber foto: Harian Metro

Ketua Polis Daerah Putrajaya iaitu ACP Mohd Fadzil Ali memaklumkan bermula 9 Januari 2021, pihak polis akan mengenakan denda maksimum RM2,000 kepada penunggang basikal yang tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan seperti dijelaskan. Penguatkuasaan itu dijalankan apabila melihat kadar penunggang basikal di Putrajaya semakin meningkat lebih 1,000 setiap hujung minggu.

Penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dihukum mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Selain itu, penunggang basikal juga boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana tidak memasang lampu pada basikal dan Kaedah-Kaedah 42 kerana tiada ciri keselamatan seperti brek dan loceng iaitu hukuman tersebut tidak boleh dikompaun.

Bagi kurangkan risiko kemalangan

Sementara itu, Operasi Khas Basikal yang dilaksanakan bermula 1 hingga 3 Januari bertujuan menasihati dan mengingatkan penunggang basikal tentang penguatkuasaan yang akan bermula pada 9 Januari.

Pihak polis ingin menegaskan aktiviti berbasikal pada waktu dan tempat yang sesuai adalah sangat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Menurut statistik kemalangan jalan raya melibatkan pengguna basikal di Putrajaya telah merekodkan sebanyak enam kes pada tahun 2019 dan kesemua mereka mengalami cedera ringan, manakala 11 kes direkodkan tahun 2020 dengan satu kes kematian.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×