berita

‘Penyakit Ain Scary Tapi Penyakit Bod** & Nak Attention Lagi Scary..’ – Ben Amir

November 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, pelakon kacak Ben Amir dilihat semakin aktif di media sosial seperti X. Malah dia juga terbuka untuk berkongsi pendapatnya mengenai berita semasa dan isu tular sama ada di Malaysia mahupun luar negara.

Ben Amir perli siapa tu?

Baru-baru ini, perkongsian terbaharu Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Ben Amir Bin Sabaruddin di aplikasi X mengenai individu yang ‘laparkan’ perhatian mengundang perhatian ramai. Menerusi ciapan tersebut, Ben berpendapat bahawa penyakit ‘kurang bijak’ dan penyakit yang terlampau menginginkan perhatian orang adalah lebih menakutkan berbanding penyakit ain.

Penyakit ain ni scary jugak tapi ada lagi scary tau. Penyakit semua benda nak beritahu orang, penyakit b*d*h dan penyakit nak attention.

Walau bagaimanapun, Ben tidak memetik nama mana-mana individu. Tetapi sebelum ini tular mengenai isu pasangan usahawan yang berkongsi tentang kisah rumah tangga mereka ketika sesi siaran langsung di platform media sosial.

Sumber: X Ben Amir

SKIP THIS AD ×