berita

Penyampai Radio Perlekeh Guru Mengajar Sains Digantung Tugas

February 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara memuat naik video Tik Tok memperlekeh seorang guru Sains di sebuah saluran TV pendidikan, seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak menerima kecaman hebat daripada netizen hari ini.

Susulan daripada itu, Pengurus Besar ASTRO Radio Malaysia Timur iaitu Hafiz Nizamuddin dalam satu kenyataan memaklumkan penyampai radio tersebut telah digantung tugas dan pihak pengurusan bakal melakukan siasatan dalaman tentang isu viral tersebut.

Kami minta maaf

HITZ berkomitmen untuk menghiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia, dan dengan tulus meminta maaf atas isu viral salah seorang penyampai radio kami terhadap sebuah video baru-baru ini. Kami memandang serius perkara ini, dan akan melancarkan siasatan dalaman mengenai perkara ini. Sementara itu, penyampai tersebut akan digantung tugasnya.

Menurut kenyataan media yang dimuat naik di Facebook itu seluruh warga kerja Hitz Fm memohon maaf di atas kelakuan salah seorang penyampai radio mereka yang bertindak mentertawakan seorang guru Sains ketika sedang mengajar di saluran TV pendidikan itu. Oleh itu, mereka memandang isu ini sebagai isu yang serius dan bertindak untuk melakukan penggantungan sementara perkhidmatan penyampai tersebut.

Sumber: HITZ Sarawak

SKIP THIS AD ×