Penyampai radio Sarawak, Haziq Nazir tidak ketinggalan mencuba nasib di uji bakat Calpis Soda OIAM walaupun perasaan tertekan dan gementar jelas terasa.
Artikel Berkaitan: Allan Anderson Cuba Nasib Di Uji Bakat Calpis Soda OIAM – ‘Saya Ingin Kembangkan Bakat Di Malaysia’
Artikel Berkaitan: ADHD Bukan Penghalang Remaja 19 Tahun Datang Uji Bakat Calpis Soda One In A Million
Sering menonton rancangan TV3
Haziq Nazir atau mesra dengan panggilan Naz, menggambarkan suasana di atas pentas penuh cabaran apabila berhadapan juri dan penonton.
Ujar Naz, dia menganggap perkara itu sebagai satu proses pembelajaran yang berharga untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran membuat persembahan.
Tambahnya lagi, menjadi penyanyi dan penyampai radio amatlah berbeza.
Penyampai radio bergantung sepenuhnya pada suara untuk menarik perhatian tanpa visual.
Manakala, penyanyi menggunakan suara, ekspresi wajah, dan gerak tubuh untuk menyampaikan emosi dalam lagu.
Sebagai penyampai radio, kemahiran bercakap dengan spontan dan jelas itu amat penting. Tetapi penyanyi perlu menguasai teknik vokal serta penyampaian emosi melalui muzik.
Penyampai radio Sarawak itu turut meluahkan rasa terharu apabila menerima komen daripada penyanyi profesional seperti Abang Bob Yusof dan Shaffiq Erwin.
Setiap komen merupakan pengajaran yang sangat berharga.
Bukan sahaja untuk memperbaiki kelemahan tetapi juga sebagai motivasi untuk terus maju dalam dunia seni.
Menurut anak kelahiran Sarawak itu, dia sering menonton program realiti di TV3 seperti Mentor dan Lagu Cinta Kita.
Cabar diri cuba perkara baru
Naz memaklumkan minat menyanyi telah dipupuk sejak kecil termasuk pengalaman busking yang memberi pendedahan awal dalam dunia hiburan.
Berikutan itu, dia bertekad untuk meneruskan dalam mengejar minatnya walaupun telah bergelar seorang penyampai radio.
Semangat itu menjadi bukti bahawa saya percaya minat dan bakat harus terus digilap tanpa mengira cabaran.
Saya merupakan seorang yang suka mencuba perkara baru dan gemar mencabar diri.
Tidak kira dalam bidang lakonan, nyanyian, mahupun sebagai penyampai radio.
Saya akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang ingin diceburi kerana saya ingin menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Masih tidak terlambat bagi warga Sabah & Penang! Cepat-cepat hadir ke Aras 5, Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Atrium, Sunshine Central Penang, Penang dari jam 10 pagi hingga 10 malam, 9 & 10 November ini!