berita

Penyampai Stesen TV Nyaris Maut Dibelasah, Hampir Dirogol Depan Mata Anak Sendiri

April 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang penyampai stesen TV di Ukraine hampir maut apabila dibelasah serta hampir dirogol oleh seorang lelaki ketika menaiki kereta api dari Mariupol ke Kyiv bersama anak lelakinya.

Dibelasah dan dicekik secara tiba-tiba

Walaupun detik hitam telah berlaku pada 1 Ogos tahun lalu, tetapi Anastasia Lugovaya masih mengingati dengan jelas insiden yang hampir meragut nyawanya yang berlaku di depan mata anaknya yang masih kecil.

Ketika kejadian berlaku, Anastasia berada dalam satu gerabak dan tanpa disedari lelaki yang tidak dikenali memasuki gerabak berkenaan lalu membelasahnya serta mencekiknya secara tiba-tiba.

Saya memberitahu dia yang saya perlu pujuk anak saya untuk berhenti menangis kerana dia akan mengejutkan semua orang dalam gerabak dan lelaki berkenaan bersetuju tetapi akan datang balik.

Anastasia mengambil peluang berkenaan untuk menarik anaknya dan berlari dari satu gerabak ke gerabak yang lain untuk memintak pertolongan sambil lelaki berkenaan mengejar mereka.

Anaknya terpaksa menjalani rawatan psikologi

Akhirnya dia bersama anaknya berjaya diselamatkan daripada lelaki tersebut dan berjaya diberkas oleh pihak polis.

Meskipun selamat dari lelaki berkenaan, namun Anastasia cedera dan masih trauma. Kini, Anak lelakinya yang menjadi satu-satunya saksi kejadian tersebut terpaksa menjalani rawatan psikologi.

Menurut laporan Dailystar, lelaki berkenaan, Vitaly Rudzko akhirnya mati di dalam pusat tahanan pada 13 April lalu.

Sumber : Dailystar

SKIP THIS AD ×