Penyanyi terkenal Colombia, Maluma menghentikan seketika konsert yang diadakan di Mexico selepas mendapati seorang penonton hadir bersama bayi.

Artikel Berkaitan: Pak Nil Anggap Zaman Tsumawi Tak Pernah Padam, Titip Kata Semangat Susulan Pembatalan Konsert

Artikel Berkaitan: Peminat G-Dragon Dah Beratur Luar Stadium 25 Jam Sebelum Konsert Berlangsung

Maluma henti konsert seketika

Menerusi video tular di aplikasi X, Maluma dilihat menghentikan nyanyian sebelum bertanyakan usia bayi kepada wanita tersebut.

Berapa usia dia (bayi)? Setahun atau kurang?

Anda rasa boleh ke bawa bayi yang masih kecil ke konsert? Bunyi kuat seperti ini boleh membahayakan pendengarannya.

Lain kali, ‘cover’ telinga mereka, ini serius. Ini tanggungjawab anda.

Saya cakap ini dengan penuh kasih sayang dan hormat, lebih-lebih lagi sekarang saya seorang bapa.

Ssaya tak akan pernah bawa anak saya ke konsert.

Video itu kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji tindakan Maluma menghentikan seketika konsertnya.

Komen netizen

Sumber: Aplikasi X