berita

Penyanyi, Haesoo Ditemui Mati Dalam Bilik Asrama

May 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan penemuan mayat seorang penyanyi yang tidak didedahkan identiti di asramanya pada 11 Mei lalu.

Haesoo mati mengejut

Menerusi laporan terbaharu, mangsa merupakan seorang penyanyi trot iaitu Haesoo. Dalam kenyataan tersebut, polis turut menemui sepucuk surat yang ditulis penyanyi berkenaan. Susulan daripada itu, polis percaya kematian tersebut disebabkan bunuh diri dan tidak mengesyaki sebarang unsur pembunuhan.

Disebabkan kejadian tersebut, Haesoo tidak akan menjayakan sebuah persembahan yang dijadualkan pada 20 Mei ini di Wilayah Jeolla Utara.

Haesoo yang dilahirkan pada tahun 1993 itu mengambil jurusan muzik tradisional Korea ketika di universiti. Sekitar tahun 2019, Haesoo membuat kemunculan menerusi lagu solonya iaitu My Life, I Will. Dia kemudian semakin dikenali selepas membuat kemunculan dalam program termasuk The Trot Show, AM Plaza, dan Gayo Stage.

Sumber: Allkpop

SKIP THIS AD ×