Nico

Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G iaitu Nico meninggal dunia di Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada jam 11.15 malam Jumaat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kiah Propa Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: ‘Dia Pergi Pada Hari Jumaat & 10 Ramadan Terakhir’ – Bapa Lia Natalia Meninggal Dunia

Meninggal dunia 5 Syawal

Nico

Berita pemergian Allahyarham Nico atau nama sebenar Abdul Fashah Abdul Aziz disahkan oleh bekas pengurusnya, Ayob Abd Majid.

Menurut Ayob, penyanyi berusia 52 tahun itu menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur.

Saya diberitahu arwah singgah ke rumah rakannya di Kampung Baru selepas membawa Grab untuk berehat sekejap.

Sudah menjadi kebiasaan, arwah akan singgah ke Kampung Baru, walaupun tinggal di Cheras.

Bagaimanapun, arwah sudah tidak bergerak ketika rakan cuba mengejutkannya. Jenazah arwah kini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Walau bagaimanapun, punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan bedah siasat.

Sumber: Berita Harian