berita

Penyanyi Popular Tak Bayar Sewa Rumah & Tunggakan Bil Elektrik Cecah RM10k

October 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Baru-baru ini, tular satu kisah mengenai seorang penyanyi lelaki popular era 90-an yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.

Tak bayar sewa rumah, tunggakan bil elektrik

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, pengadu yang merupakan tuan rumah (wanita) telah berkomuniasi dengan penyanyi itu melalui telefon malah memberikan notis untuk mengosongkan rumah namun tidak diendahkan ‘amaran’ tersebut sebaliknya dia kekal menetap di rumah itu.

Dakwa wanita itu lagi, penyanyi terbabit mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770. Bukan itu sahaja, lelaki itu didakwa memelihara banyak kucing dan membuang sampah merata-rata sehingga menimbulkan rasa kurang senang jiran dek bau busuk. Dia juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta jiran.

Ada laporan diterima berkaitan perkara ini. Pengadu buat laporan kerana takut terjadi apa-apa. Pengadu cuba selesaikan perkara ini secara baik dengan penyewa,

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×