berita

Penyanyi Popular Tak Terpilih Ke Final Juara Lagu (AJL29) Kerana Lalok?

December 1st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

music_visual_stage

Siapa kat sini suka dengan pemilihan lagu-lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-29? Dengar cerita, kesemua finalis bakal berentap Januari tahun depan. Tahniah kami ucapkan.

Kalau korang tengok betul-betul, banyak tau lagu-lagu yang berpotensi untuk menjadi juara. Tapi, sebenarnya, kami hampa sedikit apabila lagu yang kami jangka dapat memberikan saingan hebat di AJL29 tak terpilih.

Namun, ada berita kurang enak yang kami dengar. Menurut sumber-sumber kami, penyanyi yang dijangka berjaya melangkah ke final itu lalok ketika buat persembahan separuh akhir. Betul ke?

bigstock-silhouettes-of-concert-crowd-i-15652625_mini

Katanya, lagu yang dibawakan memang dah cukup sedap. Dari lirik hinggalah ke melodi dan susunan muzik, semuanya seperti ada ‘sesuatu’ dengan lagu tersebut.

Setahu kami, nama penyanyi ini bersih dan tak pernah dikaitkan dengan sebarang aktiviti penyalahgunaan barang terlarang.

Jika benar apa yang dikatakan ini, nampaknya penyanyi tersebut dah menghampakan ramai peminatnya. Apapun, harap-harap ia hanya sekadar gosip la ye?

Takkanlah si dia itu nak musnahkan karier sendiri. Betul tak?

SKIP THIS AD ×