Penyanyi Shukri Zainal atau turut dikenali sebagai Azam Smile menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 38 tahun di rumahnya yang terletak di Shah Alam, pada petang Rabu.
Azam Smile meninggal dunia
Memetik laporan Harian Metro, Azam Smile atau nam lengkapnya Mohamad Shukri Azam Zainal Abidin, 38, ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan meniarap di atas katil di rumahnya.
Menurut pengurus Allahyarham iaitu Vina, penyanyi itu ditemukan dalam keadaan sejuk dimana hidung dan tangannya sudah membiru.
Terdapat bantal di dada dan di depannya ada komputer riba.
Kali terakhir saya berhubung dengannya ialah sekitar jam 2 petang semalam bagi bertanya sama ada dah makan tengahari atau belum.
Dia cakap dah order prawn macaroni. Jam 6.50 petang, saya hubungi dia untuk ambil pergi makan malam tapi tak berjawab. Dia tinggal seorang diri di satu kawasan kediaman di Shah Alam.
Saya risau dan bergegas ke rumahnya. Setiba di sana saya tekan loceng dan ketuk pintu tak berjawab.
Susulan Allahyarham gagal dihubungi, Vina menghubungi beberapa kenalan yang tinggal berdekatan untuk minta bantuan. Bagaimanapun, mereka mendapati pintu rumah berkunci dari dalam sebelum akhirnya nekad mengumpil pintu tersebut. Malah makanan yang dibeli juga tidak berusik.
Saya hubungi ambulans, unit peronda dan petugas kesihatan. Mereka tiba dan kemudian sahkan dia dah tiada.
Menurut Vina, Allahyarham tidak mempunyai sebarang penyakit namun hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan pembuluh darah pecah dan stress kerana kurang tidur
Dia memang banyak kerja sebab dia jadi ‘content creator’ dan kerjanya sangat padat.
Jenazah Shukri dibawa ke Kampung halamannya di Batang Rokan, Gemencheh dan dikebumikan petang Khamis.
Sumber: Harian Metro