berita

‘Penyewa Dari Neraka’ – Lelaki Ini Bengang Rumah Sewa Ditinggalkan Dalam Keadaan Jijik

August 24th, 2019 | by Athirah
Kini Trending

Mengikut logik, sudah menjadi tanggungjawab mana-mana penyewa untuk menjaga rumah sehingga bersih dan terurus ketika dan selepas tempoh sewaan. Justeru, sesiapa sahaja pasti geram apabila rumah yang pada awalnya disewakan dalam keadaan baik, ditinggalkan dalam keadaan yang sangat menjijikkan.

Inilah nasib yang dikongsikan seorang tuan rumah ini apabila dia mendapati rumah yang ditinggalkan penyewanya itu dalam keadaan yang tak terurus, malah bil elektrik juga tidak dibayar!

Penyewa dari ‘Neraka’

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Facebook Muhammad Hariri Nasir baru-baru ini, dia berang apabila mendapati rumah yang disewanya dalam keadaan rapi ditinggalkan dengan begitu jijik.

Namun katanya, dia bernasib baik kerana deposit yang diperoleh ketika di awal tempoh penyewaan masih dipegang olehnya.

Penyewa dari neraka. Mujur deposit dua bulan ada lagi pegang.

Kita serah rumah untuk disewa elok-elok, suci bersih, lengkap, mop lantai semuanya.

Penyewa siap bagi ‘warning’

Yang part paling tak dapat dilupakan, akak salah seorang penyewa ini adalah anggota keselamatan negara siap bagi warning apa bagai jangan ceroboh rumah.

Sebagai pemilik rumah sewa, kita tahu undang-undang sis. Tak perlu ungkit akta bagai, kawan-kawan saya ramai je lawyer. Boleh buat rujukan.

Tapi sekurang-kurangya rasa tanggungjwab tu perlu ada. Mujur ada agreement sewa rumah sebagai hitam putih. Burn la depositnya. No hal .Hati mau keras.

Bil elektrik tak dibayar

Malah apa yang membuatkan lelaki ini lebih geram, bil elektrik berjumlah RM454.45 juga tidak dibayar oleh penyewa tersebut.

Tidak cukup dengan itu, penyewa itu juga tanpa rasa bersalah meningggalkan sekeping nota memberitahu makanan yang ditinggalkan mereka masih elok untuk diambil.

Tahi kucing atas tilam

Sampah berulat

Sumber: Facebook Muhammad Hariri Nasir