berita

Penyewa Dari Neraka! Pekerja Pembersih Muntah Tiga Kali, Kena Cuci Rumah Penuh Ribuan Tin Kosong & Tisu Tandas Bernajis

August 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Habis jahanam! Seorang penyewa dari neraka telah mengubah sebuah flat dua bilik tidur menjadi lautan 8,000 tin bir, sisa makanan busuk dan tandas yang dipenuhi sampah setinggi empat kaki.

Pekerja pembersihan muntah tiga kali

Foto: Kennedy News & Media

Keadaan yang sangat teruk itu membuatkan pekerja pembersihan muntah sebanyak tiga kali semasa membersihkan rumah berkenaan.

Pakar pengurusan air bersih dan buangan, Freddie Gillium-Webb diberi tugas untuk membersihkan kediaman pemiliknya setelah ditinggalkan penyewa bermasalah yang tidak membayar sewa selama setahun.

Lelaki berusia 29 tahun itu terkejut dengan keadaan dua bilik tidur dan satu bilik mandi di Andover, Hampshire di United Kingdom.

Sebaik sahaja saya berjalan melalui pintu, terdapat tin bir di mana-mana saja dan baunya sangat busuk.

Dia (penyewa) jelas tidak menggunakan tong sampah sama sekali kerana dapurnya penuh dengan sisa makanan dan di ruang tamu terdapat saki baki kebab yang dimakan separuh.

Di tingkat atas ada beg sampah yang penuh dengan puntung rokok selain lantai tidak kelihatan kerana terdapat banyak tin bir. Saya rasa saya telah membuang kira-kira 8,000 secara keseluruhannya.

Tandas bilik mandi pula tidak dibersihkan, sebaliknya tisu tandas yang mempunyai kesan najis berlonggok seperti ‘menara’.

Tiga hari baru selesai

Foto: Kennedy News & Media

Dalam pada itu, Freddie mendedahkan dia terpaksa menghabiskan hampir 30 jam untuk membersihkan rumah itu selama tiga hari.

Sebanyak 10 botol peluntur juga digunakan untuk kerja-kerja pembersihan.

 

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×