berita

Penyewa Pukul Tuan Rumah Guna Tukul Sampai Mati, Mayat Dibungkus Dalam Langsir

October 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: NBC News

Seorang penyewa wanita di United Kingdom ditahan polis selepas disyaki memukul bekas tuan rumahnya, Leonard Garber menggunakan tukul sehingga mati.

Bunuh, sembunyi mayat dalam langsir

Memetik laporan NBC News, suspek yang dikenali Xiu Fang Ke dilaporkan bertindak sedemikian selepas lelaki yang berusia 65 tahun itu (mangsa) mengetahui perbuatan suspek yang memalsukan cek. Suspek didakwa mencuri lebih AS$40,000 bersamaan kira-kira RM185,480 daripada akaun mangsa kerana mahu melangsaikan hutang akibat kegiatan judi.

Mangsa kemudian nekad untuk bertemu dengan suspek untuk bertanyakan mengenai kecurian tersebut tetapi sebaliknya yang terjadi apabila mangsa dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan di dalam langsir bersama barangan berat lain di rumahnya.

Suspek mengaku mencuri, bunuh

Foto: NBC

Difahamkan, mayat tersebut hanya ditemui beberapa hari selepas mangsa dibunuh. Berdasarkan laporan, keluarga mangsa ada membuat laporan berhubung kehilangan mangsa pada Isnin lalu dan pihak polis juga telah datang ke rumah mangsa untuk pemeriksaan kesihatan namun tidak menemuinya. Sehinggalah pada 27 September (Selasa), mereka datang kembali untuk membuat lawatan kedua dan ketika itu mereka baru menemui mayat mangsa yang dibungkus di dalam langsir.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga mendapati suspek ada datang ke rumah mangsa beberapa hari sebelum mayatnya ditemukan. Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah mencuri cek dan membunuh mangsa menggunakan penukul.

Sumber: NBC News

SKIP THIS AD ×