berita

Peraduan Petronas Setel-Mesra Bonanza Tawar Hadiah Lumayan Sehingga RM50,000!

August 19th, 2020 | by Wan
Shout Out!

Bagi menghargai pelanggan setia, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah melancarkan kempen PETRONAS Setel-Mesra Bonanza yang menawarkan hadiah berupa wang tunai dan baucer bahan api kepada 992 bakal pemenang.

Peraduan yang bermula pada 15 Ogos lalu menyaksikan 10 pemenang setiap minggu berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM3,000, manakala 100 pemenang kedua pula bakal membawa pulang baucer Setel bernilai RM50 yang boleh ditebus untuk pembelian bahan api.

Hadiah utama RM50,000!

Bukan itu sahaja, dua pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Pelanggan Petronas hanya perlu mengisi minyak atau berbelanja RM30 di Kedai Mesra di Petronas di seluruh negara dan leretkan Kad Mesra mereka untuk mendapat satu penyertaan. Bagi menggalakkan amalan penjarakan fizikal, pelanggan yang melakukan pembayaran melalui aplikasi Setel akan mendapat lima penyertaan.

Pelanggan digalakkan untuk memuat turun aplikasi agar layak untuk lebih banyak penyertaan dan memautkan Kad Mesra mereka kepada aplikasi tersebut.

Setel merupakan aplikasi mudah alih pertama Malaysia yang menyatukan platform e-pembayaran dengan pam, Kedai Mesra dan ganjaran kesetiaan untuk mewujudkan pengalaman runcit yang lancar untuk pelanggan setia Petronas.

Untuk info lanjut layari www.mymesra.com.my

SKIP THIS AD ×