berita

Menangi Hadiah Edisi Terhad ‘Skyfall’, Filem Siri James Bond 007

October 17th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Skyfall merupakan sebuah filem siri James Bond dan ia berkisahkan sebuah penyiasatan yang penuh aksi dan mendebarkan. Filem ini merupakan filem ketiga lakonan Daniel Craig sebagai Ian Fleming’s James Bond 007.

Menerusi filem aksi Skyfall, watak James Bond telah dikatakan hilang dan dianggap telah mati. Identiti untuk menjalankan segala aktiviti pengintipan ejen M16 juga telah dimusnahkan daripada data internet.

Menerusi insiden tersebut, pihak kerajaan telah menggunakan M sebagai subjek rujukan mereka dalam menangani segala situasi dan masalah. Namun begitu, apabila M mula diserang oleh pihak tertentu, Bond telah muncul secara tiba-tiba dan mereka telah berhubung secara rahsia. Apakah akan berlaku antara Bond dan M selepas itu? Dapatkah mereka bekerjasama sebagai satu pasukan?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem aksi ini, jangan lupa untuk menontonnya di pawagam berhampiran pada 1 November 2012 nanti. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Daniel Craig, Javier Bardem, Ralph Fiennes serta Naomie Harris.

Paling penting, bagi anda yang ingin memenangi hadiah edisi terhad daripada filem James Bond, jom sertai peraduan ini.

Selain daripada 30 pasang tiket untuk dimenangi, penaja Sony Pictures Releasing International (Malaysia) turut menyediakan cenderahati menarik yang hanya boleh didacapati secara eksklusif di OHBULAN!, antaranya :

  • Tempat pertama,“Limited Edition Auto Open/Close Vented Umbrella bernilai RM 450 X 5″

  • Tempat kedua,“Limited Edition Skyfall Stainless Steel 14 oz. Travel Mug bernilai RM350 X 5″

  • Tempat ketiga, “Limited Edition Skyfall Swivel Mini USB Flash Drive bernilai RM250 X 5″

Peraduan
UPDATE: Peraduan TAMAT

SKIP THIS AD ×