berita

Peraduan Tamat, Pelajar Kolej Swasta Bertuah Bawa Pulang WATCH GT 2 Serba Baru. Tahniah!

October 18th, 2019 | by Epul
Kini Trending

Semalam kita dah baca perjalanan dua peserta peraduan WATCH GT 2 iaitu Hanif Hassan dan Muhammad Syaffwan Azman sepanjang 4 hari menggunakan WATCH GT 2 . Tapi, cabaran sebenar adalah siapa yang memulangkan WATCH GT 2 pada admin dengan baki bateri paling banyak bergelar pemenang. Korang agak-agak siapa?

Artikel berkaitan: Ikuti Perjalanan Peserta Peraduan WATCH GT 2, Jam Siapa Ada Baki Bateri Paling Banyak?

Mestilah Syaffwan yang mempunyai baki bateri WATCH GT 2 paling banyak iaitu 45% berbanding Hanif yang mempunyai baki bateri sebanyak 44%. Tahniah, Syaffwan akan membawa pulang WATCH GT 2 serba baru! Tapi, Hanif jangan sedih sebab dia tetap menerima hadiah berupa baucar tajaan HUAWEI!

Jom kita tanya Syaffwan sikit apa perasaan dia selepas bergelar pemenang peraduan WATCH GT 2 ni. Katanya bakal mengubah kehidupan dia selepas ini?

Memang jam idaman

Bila admin call Syaffwan untuk mengumumkan dia pemenang peraduan WATCH GT 2, dia sememangnya sudah menghidu kemenangannya dengan melihat posting Hanif yang admin repost di Instagram sebelum ini. Katanya, jam WATCH GT 2 ni memang idaman!

“Dah lama saya aim jam ni dan kalau boleh bila masuk Malaysia je saya nak terus pre-order. Kalau nak compare dengan jam jenama lain yang saya pakai sebelum ni, ketahanan bateri, kecerahan skrin AMOLED dan fungsi-fungsi canggih yang ada pada WATCH GT 2 memang tak boleh lawan!”

Suka semua fungsi kecergasan yang ada

4 hari memang tak cukup bagi Syaffwan menggodek segala fungsi yang ada pada WATCH GT 2. Katanya, sepanjang 4 hari ni dia hanya sempat cuba beberapa fungsi kecergasan seperti 13 course larian dari outdoor sehingga ke indooroutdoor dan indoor cycle serta berenang.

“Selain boleh monitor degupan jantung dan menguji tahap stress menggunakan TruSeen 3.5, WATCH GT 2 ni boleh merekod setiap pergerakan dan aktiviti kecergasan sepanjang hari. Contohnya sebelum ke kelas, saya akan lakukan sedikit larian jadi pagi saya lebih cergas berbanding biasa”

Mampu ubah dan mudahkan kehidupan seharian

Sebagai seorang pelajar kolej swasta, Syaffwan berkongsi ciri-ciri pada WATCH GT 2 banyak memanfaatkan dan memudahkan kehidupan sehariannya. Contohnya Bluetooth callingin-device music, notifikasi mesej dan TruSleep 2.0 sleep tracking yang sentiasa mengingatkannya supaya tak lambat ke kelas.

“Pagi-pagi saya memang susah nak bangun, jadi bila kawan call saya dapat rasa gegaran pada jam dan automatik akan terus bangun. Malah, saya dapat membaca mesej yang dihantar tanpa melihat phone dan menukar lagu yang dimainkan di telefon dari WATCH GT 2 tanpa perlu memegangnya. Canggih betul!”

Dapatkan WATCH GT 2 sekarang!

Menarik kan WATCH GT 2 ni? Untuk pengetahuan korang, ia sudah mula dijual di kedai HUAWEI dan secara online di laman web HUAWEI pada harga RM799 untuk Matte Black dan RM899 untuk Pebble Brown. Memang sesuai untuk gaya korang setiap hari!

Malah, kalau korang beli WATCH GT 2 sekarang, korang bakal menerima tali jam HUAWEI WATCH GT 2 Latona Fluoroelastomer Strap (Dark Green) secara PERCUMA tau!

Nantikan lebih banyak peraduan menarik di Facebook OHBULAN!

Tahniah sekali lagi Syaffwan admin ucapkan kerana memenangi peraduan WATCH GT 2 kali ini. Semoga berseronok menggayakan jam baru tu! Buat korang yang nak jadi pemenang bertuah macam Syaffwan jugak, nantikan peraduan seterusnya di Facebook OHBULAN! okay!

The following two tabs change content below.