berita

“Perancangan Untuk Bergelar Penyanyi Bukan Atas Dasar Tamak” – Neelofa

August 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon, pengacara dan model terkenal Noor Neelofa Mohd Noor, 23, atau lebih mesra dipanggil Neelofa baru-baru ini telah mendapat tawaran nyanyian daripada pihak Tune Music.

Menerusi mStar online, Neelofa memaklumkan bahawa perancangan untuk bergelar seorang penyanyi bukan atas dasar tamak, tetapi untuk mencari kekuatan sebenar dirinya.

“Perancangan untuk bergelar penyanyi bukan atas dasar tamak tetapi adalah peluang untuk meluaskan jaringan hubungan dan mencari di mana kekuatan sebenar saya dalam bidang seni,” jelas Neelofa.

Disamping itu, Neelofa turut memaklumkan bahawa peluang  yang diterima olehnya ini bukan soal nyanyian semata-mata, tetapi beliau melihat dari aspek potensi yang bakal menanti dirinya kelak. Di mana selebriti ini melihat Tune Music merupakan syarikat di bawah AirAsia yang memiliki jaringan perniagaan yang luas di rantau Asia dan ini mampu dijadikan sebagai medium untuk dirinya mengembangkan nama dan profil di rantau ini.

Untuk makluman, kini Neelofa sedang sibuk untuk menghabiskan pengambaran drama bersiri Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima yang sedang disiarkan di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang.

SKIP THIS AD ×