“TMJ mesti jawab kenapa anak-anak buah di JST (Johor Southern Tigers) /JDT berperangai bangsat seperti ini”. Sungguh pedas ayat wanita ini sehingga menggelarkan mereka dengan ayat-ayat kesat.
Wanita yang dikenali sebagai Leen Mustafa ini difahamkan telah ditipu oleh anak-anak buah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tanpa pengetahuan beliau.
Dia merupakan pengusaha sebuah syarikat pengeluaran produk emas Triplenine Holdings yang telah diperdaya oleh seseorang digelar ‘Pak Janggut’ atas berususan mengenai jongkong emas.
JST baru-baru ini ada melancarkan produk jongkong emas JDT melalui akaun facebooknya, wanita ini memberi komen namun dipadam dan akaunnya disekat serta merta oleh facebook page tersebut. Ini luahan wanita tersebut.
TMJ Mesti Jawab Kenapa Anak2 Buahnya Di JST/JDT Berperangai Bangsat Seperti Ini
Jumpa Pak Janggut Yang Ketika Itu Langsung Tidak Berminat Dengan Gold Bar Kami
JST Mengarahkan Kami Musnahkan Semua Gold Bar (Kos Kami Sendiri) Yang Telah Siap
Terima Tiada Rezeki. Kami Sangka JDT Tidak Berminat Dengan Emas Kami
Ini Adalah Pemainan Tamak Pak Janggut Dan JST
Kami Mohon TMJ Mesti Jawab!
Berhentilah Menganaiya Orang Dan Busukkan Nama JDT!
Ini pula koleksi gambar bukti bahawa Leen Mustafa pernah berurusan dengan ‘Pak Janggut’ dan hasil kerja mereka sebelum ini