berita

Perangkap ‘Curi’ Sample DNA, Wanita Bongkar Suami Skandal Dengan Isteri Orang Sampai Ada Anak

May 11th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Twitter

Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila dia mendapati bahawa si suami tergamak menjalin hubungan sulit di belakangnya. Lebih mengejutkan apabila mengetahui wanita ‘perampas’ itu sebenarnya masih berstatus isteri orang.

Suami curang dengan isteri orang

Foto: Twitter

Pengalaman hitam itu diceritakan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Puan Suci. Menurut Puan Suci, dia dan suaminya, Encik DK telah mendirikan rumah tangga pada 21 November 2021. Pada awalnya Puan Suci mengharapkan agar perhubungannya bersama suami akan bahagia selama-lamanya.

Namun siapa sangka, sebaliknya pula yang terjadi apabila si suami tergamak berlaku curang bersama seorang wanita yang berstatus isteri orang. Jelas Puan Suci, dia mula mencurigai si suaminya selepas melihat lelaki itu berperangai pelik setiap kali memegang telefon bimbitnya.

Dulu saya bukan jenis yang suka memeriksa telefon bimbit suami. Tetapi saya mula pelik selepas melihat si suami sering mengecas telefon bimbit padahal bateri penuh. Dia juga suka main telefon bimbit di dalam bilik tidur yang gelap sambil tersenyum.

Puan Suci yang mula curiga dengan sikap suaminya mula bertindak dengan memeriksa telefon bimbit lelaki itu. Siapa sangka, Puan Suci akhirnya menemui segala bukti kecurangan si suami. Rupa-rupanya selama ini, si suami hanya berkongsi status WhatsApp dengan skandalnya sahaja yang dikenali dengan nama Puan W.

Susun strategi buat ujian DNA

Foto: Twitter

Susulan daripada itu, Puan Suci mula menyelidik latar belakang Puan W yang akhirnya membawa kepada penemuan satu foto keluarga Puan W bersama anak-anaknya. Tetapi apa yang menimbulkan persoalan Puan Suci adalah raut wajah seorang budak lelaki berusia empat tahun dilihat mirip dengan wajah suaminya, Encik DK.

Puan Suci kemudian nekad mengatur strategi untuk bertemu dengan suami Puan W untuk mencari kebenaran mengenai status kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Khalid itu. Selepas bertemu, Puan Suci dan suami Puan W akhirnya menemui kata sepakat untuk melakukan ujian DNA ke atas Khalid.

Saya cakap dengan suami kononnya nak buat ujian kromosom supaya dia tak curiga yang sebenarnya itu adalah sample DNA.

Suami saya curang dengan rakan sekerjanya (Puan W) sejak 2015. Pada 2017 anaknya (Khalid) lahir, tapi berlakon kononnya Khalid adalah anak suami sendiri padahal Khalid adalah hasil perselingkuhan sama suami saya (Encik DK) sebelum kami menikah.

Selepas perbuatan kejinya itu terbongkar, Encik DKM bersama ibu bapanya tampil menemui Puan Suci dengan mengakui segala kesilapannya. Namun lain pula dengan tanggapan ibu bapa Puan W yang tidak percaya dengan kecurangan si anak meskipun Puan Suci sudah memberikan segala bukti.

Kisah tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan agar Puan Suci diberi kekuatan dan ketabahan mengharungi kehidupan mendatang selain berharap agar wanita ini bakal menemui kebahagiaan kelak.

Sumber: Detik Sumut, Twitter

SKIP THIS AD ×