berita

Perbuatan ‘Mengintai’ Bakal Jadi Kesalahan Jenayah

February 20th, 2019 | by Ai
Kini Trending

undang-undang malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong telah menyatakan bahawa perbuatan mengintai dan menghendap bakal menjadi satu kesalahan dan rang undang-undang (RUU). Undang-undang baharu ini dijangka akan dibentang di Parlimen Julai ini.

Perbuatan ini nampak macam tidak berbahaya tapi dengan adanya niat jahat seseorang ia boleh menjejaskan keselamatan terutamanya kaum wanita.

Draf RUU masih dalam penelitian

undang-undang Malaysia

Menurut laporan Harian Metro, dokumen penting berkaitan RUU ini telah dalam penelitian Datuk Liew Vui Keong sebelum dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan, sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri untuk persetujuan dan kelulusan.

Saya kini sedang meneliti draf rang undang-undang tersebut yang telah siap. Ia boleh dibentang dengan cepat jika ada kesungguhan, saya menjangka pada tahun ini juga. Untuk sesi persidangan (Parlimen) bulan Mac mungkin tidak sempat kerana terlalu suntuk, tapi kita melihat kemungkinan Julai dan Oktober.

Ia boleh dibuat cepat sekiranya semua kertas berkaitan telah siap. Ini adalah rang undang-undang mengenai ‘stalking’, mengintai dan menghendap,” katanya kepada wartawan di luar persidangan Rantau Asia “Kepimpinan Politik Wanita : Mewujudkan Perubahan Positif” di bangunan Parlimen, hari ini.

Tujuan undang-undang ini digubal

undang-undang malaysia

Menurutnya lagi, pada masa ini pihak berkuasa perlu bergantung kepada undang-undang berkaitan ugutan jenayah atau serangan, yang di bawah undang-undang berkenaan, di mana pesalah perlu menyentuh, mengugut dan menyerang mangsa terlebih dahulu sebelum tindakan boleh diambil terhadapnya.

Manakala mangsa pula perlu mengemukakan klip video sebagai bukti kesalahan jenayah tersebut berlaku. Namun dengan adanya undang-undang baharu ini, pesalah akan mudah ditangkap tanpa perlu melihat aspek-aspek tersebut.

Kadangkala apabila wanita sedang dikejar, dia tidak dapat rekod (rakam), jadi dia akan datang ke polis dan polis akan kata tidak ada keterangan yang kukuh untuk mengambil tindakan. Dia akan kata, adakah dia sentuh, tidak ada. Adakah dia pukul (mangsa), tidak ada.

Mereka (suspek) boleh menggunakan telefon bimbit pesanan ringkas WhatsApp, media sosial untuk memberikan tekanan kepada mangsa. Jadi dengan adanya undang-undang ini kelak, kita tidak payah tunggu sampai dia sentuh, pukul ataupun melakukan sesuatu terhadap wanita atau individu tersebut… Sekiranya dilakukan kerap, polis boleh ambil tindakan.

Menjaga keselamatan kaum wanita

undang-undang malaysia

Hasil kajian mendapati, apabila mangsa menerima pelbagai tekanan akibat diintai dan dihendap, terdapat kemungkinan tinggi untuk individu tersebut membunuh diri. Sebab itulah undang-undang ini diperlukan untuk mencegah sebarang jenayah.

Janganlah tunggu sampai sesuatu berlaku baru tertindak. Kadangkala dalam kes ini, biasanya apabila dia telah pun menghendap ataupun mengintai seseorang, akan ada satu tahap di mana dia akan melakukan sesuatu yang lebih ganas daripada sebelum itu.

Kita tidak mahu tunggu sampai keganasan itu berlaku dan keselamatan wanita itu terjejas. Jadi kita mesti ada satu undang-undang untuk menjaga keselamatan kaum wanita kita,” tambahnya.

SKIP THIS AD ×