berita

Percakapan Masih Tak Lancar, Uji Rashid Lega Keadaan Kesihatan Cico Harahap Semakin Pulih

August 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi popular era 70-an, Uji Rashid meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatan anaknya, Cico bertambah baik selepas dipercayai diberi racun oleh rakan-rakan.

Artikel berkaitan: Tak Kenal Ibu & Anak, Sukar Bercakap – Cico Harahap Disihir Rakan Sendiri?

Perlahan dari segi percakapan

Pada bulan April 2018, Uji pernah melahirkan rasa kesal dengan penularan berita berkenaan keadaan anaknya Cico yang dikatakan bisu dan buta huruf. Menurut Uji, dia geram apabila cerita itu timbul dan sengaja diadakan-adakan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif. Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya.

Menerusi laporan Harian Metro, Uji Rashid memberitahu secara keseluruhan keadaan Cico pada masa ini semakin baik. Namun, anaknya itu masih perlahan dari segi percakapan.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun, keadaannya makin okey. Cuma percakapan dan pertuturan tak lancar. Kadangkala dia masih ingat-ingat lupa apa yang berlaku. Namun semakin hari keadaannya semakin baik. Syukurlah.

Terdahulu, Uji turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam. Sebagai ibu, Uji sentiasa berdoa agar mereka yang menganiaya anaknya itu dapat segera bertaubat atas kesalahan mereka.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×