berita

Percayalah! Kecantikan 7 ‘Syurga’ Pulau Di Sabah Ini Mampu Menandingi Pulau Maldives!

September 7th, 2015 | by Ash Nordin
Travelogue

pulau

Anda stress kerja dan plan nak ambil cuti untuk hilangkan stress? Apa kata anda cuba pergi pulau-pulau yang sangat cantik di Sabah. Mungkin ada antara pulau yang kami senaraikan ni anda tak tahu pun sebenarnya wujud.

Buat apa nak pergi Maldives, Bora-Bora kalau kat Malaysia pun ada pulau yang seakan-akan cantik macam pulau tu? Naik flight nak sampai pun dalam beberapa jam sahaja. Bagi kami, lepak di pulau sambil minum jus oren adalah tempat untuk hilangkan stress!

1) Pulau Bohey Dulang, Semporna

Screen Shot 2015-09-06 at 8.40.56 PM

Screen Shot 2015-09-06 at 8.43.06 PM

Screen Shot 2015-09-06 at 8.41.41 PM

Kali pertama kami tengok macam tak percaya pun ada. Betul ke pulau ni ada kat Malaysia? Mak aihh memang cantik betul. Kalau korang nak tahu, pulau ini juga dikenali dengan panggilan Pulau Bohaydulang dan Pulau Bohidulong.

Jarak perjalanan dari bandar Semporna untuk ke pulau ni hanya ambil masa selama 30 minit.

2) Pulau Bum Bum, Semporna

Screen Shot 2015-09-06 at 8.56.07 PM

Screen Shot 2015-09-06 at 8.56.35 PM

Pulau Bum Bum dikatakan saiz pulau sebesar Singapura. Fulamak besarnya! Percutian anda tidak akan sah kalau anda tak melawat pulau ni. Air di pulau ni juga amat jernih

3) Pulau Mataking, Semporna

Screen Shot 2015-09-06 at 8.59.33 PM

Screen Shot 2015-09-06 at 9.00.35 PM

Screen Shot 2015-09-06 at 8.59.51 PM

Haa ini lagi satu pulau yang kami tak percaya ada di Malaysia. Kalau anda tengok gambar di atas, bentuk pulau seakan-akan sebiji mata kan?

Jika anda berada di Pulau Mabul jangan lupa untuk singgah di Pulau Mataking ni. Kos untuk membayar perjalanan untuk ke pulau ni mungkin mahal tapi sungguh berbaloi!

4) Pulau Kapalai, Semporna

Screen Shot 2015-09-06 at 10.00.48 PM

Screen Shot 2015-09-06 at 9.59.19 PM

Lokasi Pulau Kapalai terletak 15km dari Pulau Sipadan. Pulau ni juga dikatakan syurga bagi anda yang minat snorkelling dan diving. Haa.. apa lagi?

5) Pulau Timba Timba, Semporna

Screen Shot 2015-09-06 at 9.01.27 PM

Screen Shot 2015-09-06 at 9.01.10 PM

Pulau ini terkenal dengan warna air 3 layer nya yang cantik dan kehidupan laut yang jarang dijumpai. Pulau Timba-Timba memang tak popular sebab ramai yang belum sampai kat sini lagi. Nak cari info mengenai pulau pun susah. Huhuuu

6) Pulau Sibuan, Semporna

Screen Shot 2015-09-06 at 9.27.32 PM

Screen Shot 2015-09-06 at 9.28.37 PM

Pulau ini antara port bagi kaki diving. Kata pengunjung yang pernah ke sini, air nya kadang-kadang bertukar ke biru dan juga hijau. Suasana di sini juga seolah-olah anda berada di dunia yang lain.

7) Pulau Banggi, Kudat, Sabah

Screen Shot 2015-09-06 at 9.35.50 PM

Menurut Wikipidea, Pulau Banggi ni antara pulau yang terbesar di Malaysia ni. Lagi besar dari Langkawi dengan Pulau Pinang. Fuhh power!

Sumber foto: Google Images

SKIP THIS AD ×