berita

Percutian Bajet 5 Hari 4 Malam Ke Bandung Hanya RM600 Seorang, Ini Caranya!

October 11th, 2018 | by Arini Saleh
Travelogue

Bandung merupakan salah satu destinasi bajet bagi mereka yang mahu melupakan seketika tekanan bekerja. Selain kos yang berpatutan, anda dapat menikmati pelbagai aktiviti dan pemandangan yang sangat menarik.

Seperti yang dikongsi pasangan ini, mereka sekeluarga ke Bandung Indonesia selama 5 hari 4 malam hanya RM600 seorang. Berbaloi atau tidak?

5 hari 4 malam hanya RM600 seorang

Trip Bandung 5D4N Hanya RM600
=========================
Cikgu Tg rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman Trip Bandung yang Cikgu Tg rasakan sangat menarik dan berbaloi kerana banyak tempat yang sangat indah permandangannya dapat dilawati dan paling penting murah Ongkosnya, 5 hari 4 malam hanya dengan RM600 sahaja seorang, siap termasuk tiket Flight yer.

Dalam posting kali ini Cikgu Tg akan menceritakan bagaimana mencari Flight yang murah dan tempat-tempat menarik yang perlu dilawati (very recommended) serta bagaimana memaksimumkan perjalanan 5 Hari 4 Malam dengan meminimakan kos penginapan, perjalanan dan lain-lain kos.

Bandung adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat Honeymoon buat pengantin baru kerana pemandangannya yang super indah, sesuai untuk merakam detik-detik indah bersama pasangan masing-masing dan lokasinya yang berada di lereng-lereng pergunungan, menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sekali.

Buat pengantin lama seperti kami juga sangat sesuai berjalan ke Bandung, boleh dijadikan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kerana pelbagai barangan serta kain-kain menarik boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah. Ada yang menggelarkannya sebagai ‘syurga shopping’.

Semoga Allah merahmati kita dan keluarga kita semua.

Mengembara Melihat Alam,
Moga Lebih Dekat Dengan Tuhan.

– Cikgu Tg –
Successful Muslim Entrepreneur
Mengembara. Menulis . Menginspirasi

Terima kasih banyak Pn Mardhiah Ismail untuk 8 Tahun Perkongsian Kehidupan yang sangat Indah.

Itinerary

Itinerary kami 5 Hari 4 Malam ke Jakarta dan Bandung. Trip ini tidak menggunakan mana-mana travel Agent Syarikat Pelancongan di Malaysia sebaliknya trip ini diatur sendiri dan hanya menggunakan perkhidmatan Supir di sana. Sangat jimat ongkosnya, semacam ngak percaya.

Hari kedua di Bandung adalah hari Shopping manakala hari ke 3 adalah hari jalan-jalan melihat permandangan. Saya akan ulas satu persatu itinerary ini di setiap gambar insyaAllah.

Tempat menarik yang dilawati

Mengisi perut di Bakso Rusuk Samanhudi. Very recommended. Bagi yang sukakan kepedasan, kalian perlu mencuba Bakso Mercun. Pasti kalian Nendang Poll.

Harga satu mangkuk Bakso ini dalam 24,000 rupiah bersamaan RM6. Rasanya enak, serta free topping seperti mi, kueteow, sawi, taugeh boleh ditambah berulang kali sampai kenyang secara percuma.

Tempat pertama lawatan kami adalah ke Taman Mini Indah Indonesia(TMII). Satu taman mini yang sangat luas, mengumpulkan bangunan serta rumah-rumah pelbagai suku kaum yang terdapat di Indonesia.

Salah satu tempat yang paling menarik perhatian di Taman Mini ini adalah Istana Anak-anak Indonesia. Rupanya yang seakan-akan Disneyland menjadikan bangunan ini mencuri perhatian para pelancong yang hadir.

Tidak lengkap berjalan ke Bandung jika tidak ke Pasar Baru. Satu shopping complex yang sangat padat dan menawarkan harga kain-kain serta pelbagai peralatan dengan harga yang sangat murah. Di sini kalian perlu berhati-hati, beg harus di letakkan di hadapan kerana dibimbangi pencopet yang sangat profesional.

Kain telekung disini sangat murah. Di Malaysia dengan kualiti yang sama harganya mencecah RM200-RM300 tetapi di sini boleh didapati dengan harga hanya RM50. Diborong terus kami di sini.

Tengahari singgah di My Secret atau The Hobbit. Suatu perkampungan yang sangat indah dengan pelbagai bunga bungaan yang memukau. Menikmati permandangan kampung orang kerdil yang dipenuhi dengan bunga bungaan yang sangat cantik di My Secret atau The Hobbit.

Bermain basikal di lereng pergunungan dan merakam detik-detik manis bersama pasangan melalui jurufoto profesional yang sedia menanti di The Lodge Maribaya. 

Pemandangan yang menakjubkan di Kawah Putih, air di belakang itu berubah-ubah warnanya mengikut kadar belerang, suhu dan cuaca semasa.

Tips penting

Pemilihan Flight adalah sangat penting dalam menjimatkan perbelanjaan Trip ini. Jika dilihat Trip pergi kami ke sana hanya RM119 sahaja seorang. 

Untuk penjimatan maksimum, kalian perlu turun ke Jakarta kerana flight direct ke Bandung lebih mahal berbanding ke Jakarta. Untuk infant(2 tahun ke bawah) kosnya boleh dapat hanya RM10 bergantung kepada flight. Kami pergi dengan Air Asia. 

Pembelian harus dibuat pada tengah malam. Kami beli murah ini pun dalam masa seminggu, kalau dirancang lebih awal, pasti boleh dapat harga yang lebih murah.

Flight balik juga harus ke Jakarta untuk lebih murah. Alhamdulillah kami dapat Rm131.95 untuk dewasa dan Rm20.49 untuk infant.

Kami pulang dengan Malindo Air. Dapat luggage seberat 25kilogram seorang. Membawa pulang segala hasil tangkapan di Bandung.

Semua pasti tertanya-tanya bagaimana penginapan yang kami duduki dengan kos berjalan dan penginapan hanya RM600. Kami berlapan bersama dua bayi tinggal di Homestay 4 bilik tidur, 2 bilik air, sangat selesa dan lengkap dengan dapur, meja makan, mesin basuh, peti sejuk dan bilik tidur berhawa dingin. Terbaik. Harganya?

Hanya Rm300 semalam bersamaan rm37.50 seorang untuk satu malam. 4 malam hanya Rm150 per person. Murahkan?

Sumber : Cikgu Tg Abdul Ghafar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×