berita

Percutian Ke Korea Bertukar Hiba, Wanita Bersalin Bayi Pra Matang & Perlukan Hampir RM100k

December 15th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Siapa sangka percutian yang sepatutnya gembira bertukar tragedi selepas ibu mengandung 6 bulan secara tiba-tiba alami komplikasi. Lebih menyedihkan apabila kejadian itu berlaku ketika dia bercuti ke Korea Selatan bersama keluarga di dalam kumpulan agensi pelancongan.

Pada awalnya dia alami kekejangan pada bahagian ari-ari, namun bertambah teruk apabila dia mengalami pendarahan dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Sedihnya.

Terpaksa bersalin 6 bulan

Assalamualaikum semua, yang sedia maklum saya dan sebuah lagi keluarga kecil kami telah bercuti di Seoul Korea. Dan pada malam semalam, salah seorang daripada kami adalah wanita mengandung berusia 6bulan iaitu (Tasha).

Dia telah mengadu kepada kami dan tour guide kami, yang beliau mengalami kekejangan di bahagian ari ari nya. Dan pada masa yang sama, kami telah menghantar Tasha pulang bersama suami dan anak nya untuk pulang dahulu ke hostel yang kami duduki.

Bayi pramatang meninggal dunia

Setelah beberapa jam, kami pun telah pulang ke hostel, dan mendapati Tasha masih mengalami kesakitan yang luar biasa, dan dia telah mengalami sedikit bleeding. Setelah membuat perbincangan, ibu Tasha dan suami nya Usaid, bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Setibanya di hospital, dia telah dikerjarkan ke wad kecemasan, dan telah mengadu telah rasa sesuatu keluar dari bawah. Dan suami nya memeriksa, dan telah nampak kantung bayi. Dia segera memanggil doctor dan nurse, dan tasha telah selamat bersalin. Beberapa minit kemudian, doctor memberitahu, bayi dapat diselamatkan, dan sehingga petang tadi baby tersebut telah meninggal dunia.

Jenazah akan diterbangkan ke Malaysia

Telah saya lampirkan, semua kos yang diperlukan oleh keluarga tersebut. Diharap sesiapa yang membaca post ini, dapat sedikit sebanyak membantu meringankan keluarga kecil ini. Mungkin harini hari mereka, esok lusa mungkin hari kita. Nauzubillahminzalik.

Walau bagaimanapun, jenazah bayi itu kini selamat disolatkan dan akan dibawa balik ke Malaysia hari esok Isnin.  Pada masa yang sama, Tasha dan bersama 4 orang ahli keluarga nya masih berada di Seoul, dan memerlukan bantuan kilat untuk membawa mereka bersama jenazah bayi tersebut untuk pulang ke Malaysia.

MAYBANK
151061434212
Muhammad Usaid Hudair bin Rahmat

Sumber : Sarah Jamaluddin

SKIP THIS AD ×