berita

Perdana Menteri Melawat Pusat Pemberian Vaksin Di Universiti Malaya

May 12th, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AztraZeneca di Universiti Malaya (UM) bagi melihat proses pemberian vaksin.

Perdana Menteri melawat Pusat Pemberian Vaksin

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau sempat melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AztraZeneca di Universiti Malaya untuk melihat proses pemberian vaksin bagi penduduk yang berada di sekitar Lembah Klang pada petang tadi.

Turut hadir bersama-sama juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 iaitu YB Kahiry Jamaluddin untuk melihat situasi di dewan berkenaan.

Sempat berbual bersama penerima vaksin

Tambahnya lagi, beliau berpeluang berbual bersama penerima-penerima vaksin dan sempat menanyakan keadaan serta pengalaman yang dilalui oleh mereka sepanjang proses pengambilan vaksin berkenaan.

Kebanyakan penerima vaksin berasa puas hati dengan perjalanan proses pemberian vaksin dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas kesihatan dan juga sukarelawan yang bertugas dengan berdedikasi bagi membantu penerima vaksin.

Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan perjalanan proses pemberian vaksin dan menzahirkan terima kasih kepada petugas kesihatan dan juga sukarelawan yang begitu berdedikasi membantu penerima vaksin.

Lawatan PM Muhyiddin Yassin di PPV UM

Sumber : Muhyiddin Yassin

SKIP THIS AD ×