Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menunaikan impian seorang kanak-kanak perempuan yang mahu berjumpa dengannya. Lebih tersentuh, kanak-kanak yang dikenali sebagai Farzana itu merupakan pesakit yang menghidap masalah vasculopathy cirrhosis occlusive.
Sempat ajar doa Afiyah
Menerusi TikTok Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim, Farzana dipercayai mahu bertemu Anwar Ibrahim sebelum menjalani pembedahan. Dalam pertemuan terbabit, Anwar sempat mengajar doa Afiyah kepada Farzana.
Allahumma inni as aluka al-‘afiyah. Ya Allah, kurniakan aku kesihatan, maknanya sihat badan, sihat fikir, dan sihat jiwa.
Meninjau di ruangan komen, warganet meluahkan rasa sebak melihat layanan Anwar yang begitu merendah diri. Tambah netizen, Anwar seorang pemimpin yang hebat dan mereka terharu melihat cara Anwar berdoa untuk adik Farzana agar diberi kesembuhan.
Video
@stevensimck Semoga Adik Farzana cepat sembuh ? #jalanteruih #stevensim #pmx #tiktokmalaysia #bukitmertajam #fyp?
Sumber: Steven Sim