berita

‘Nampak Comel Pakai Emas, Pakai Headband. Bila Diperiksa Doktor Rupanya..’

November 19th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Siapa sangka pemakaian gelang emas seawal usia bayi sebenarnya mengganggu sistem tumbesaran anak. Selain daripada itu, anak juga terdedah kepada risiko keracunan logam daripada barang perhiasan yang dipakai.

Seperti kisah yang dikongsi ini, dia mendapati pergelangan tangan anak mengecil ketika mahu mencuci gelang emas yang dipakai. Apabila diperiksa ini jawapan doktor.

Bagi anak pakai gelang dari 3 bulan

Penantian menunggu second baby setelah 4 tahun. Alhmdllh dapat baby gurl diberi nama Puteri Alice Kayyisa. Ciwi baby girl tak payah cakaplah sebagai seorang ibu mesti nak berdandan anak pompuan kan tapi.. baca sampai habis

Bagi Alice Pakai Gelang Dari Umuq Dia 3 Bulan

Setiap bulan adjust saiz gelang dia.
Gelang tu boleh gerak2 kat tangan. Tapi bulan lepas saja rasa nak pi cuci gelang Alice sebab nampak berdaki. Apa yang jadi bila buka gelang Alice.

Tangan Alice mengecil kat pergelangan tangan. Walaupun gelang tu boleh gerak2. Jadi Auni dah fobia nak bagi pakai. Nasib la buka nak cuci kalau tak. Tak taw apa jadi. Allah gerakkan hati untuk buka.

Tangan mengecil, ganggu tumbesaran

Lepas kejadian Auni bawak Alice pi klinik cek tangan dia, doktor cakap jangan bagi baby pakai gelang, rantai anything sebab ganggu tumbesaran baby. Baby membesar waktu lena dia. Allah seriat darah dengaq. Kalau la tak buka cuci tentu lagi teruk jadi.

Tu tangan Alice dah semakin sembuh. Gambaq tangan tu gambaq harinie. Ok dah tangan tak mengecil. Gelang ni nampaknya simpan sajaa la.. Tunggu Alice besaq sikit aru Mommy bagi pakai atau tak pakai dah.

Biasalahh simptom mak2 nak ank dara segak comey..
Nampk comey pakai emas, pakai headband.. Rupanya bila jmpa doktor tak elok banyak kesan sampingn kalau kita cuai tak amik tengok.

Sumpah dah fobia

Sumpah dh fobia.

Jangan judge Auni, sebab Auni pun tak tau akibat dia. Maybe ada yang pakai tak jadi apa2. Ada yg senasib mcm Auni. Niat nk share agar ramai dapat info ni dan tak terima nasib mcm ni. Tak da niat nk menunjuk. Cuma sebagai mak2 memang tak dinafikan excited bila dapat baby girl mulalah nk berhias2.. Tak salah pun cuma kita jangan lalai ja.. Nasib Allah gerakkan hati untuk buka, kalau tak.. Hmm tak tau nk cakap.

Auni harap ibu2 muda diluaq sana boleh terima dengan hati terbuka atas perkongsian yg terjadi kepada anak Auni sendiri. Kalaulah kita tau benda tu buruk mana mungkin kita buat. Auni pun tak tau tapi lepass jadi kat diri sendri baru ada ilmu. Apa pun tq kepada yang positif.

Kongsilah dgn rakan2, tak salah Pakai.. Cuma kena alert sentiasa. Tapi Auni dh fobiaa.
Sapa Pernah Jadi mcm ni??
#AuniDahFobia

Sumber : Cik Puan Auni

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×