
Seorang individu menyifatkan pelakon Fasha Sandha sebagai seorang selebriti yang terbaik kerana sentiasa menghargai sokongan peminat.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kekalkan Hubungan Baik Dengan Artis Senior, Tanpa Mereka Tiadalah Yang Baru’ – Fasha Sandha
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Seronok & Terharu Rayqal Masih Anggap Saya Ibu Tirinya’ – Fasha Sandha
Selebriti paling baik

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu yang dikenali sebagai Ridzuan Chanduri berkongsi pengalamannya ketika menyertai rombongan kelab peminat Fasha Sanda ke Bali, Indonesia.
Menurut Ridzuan, Fasha berbesar hati untuk menaja mereka ke sana dan sentiasa memastikan peminatnya berasa selesa tanpa perlu risau tentang sebarang kos.
Selebriti paling baik dan best bagi aku ialah Fasha Sandha. Aku cakap ini atas capacity perna jumpa, lepak dan makan bersama semasa aku ‘Fans Club’ dia, walaupun dah tak sertai tetap aku tetap sokong dia.
Aku pernah pergi Bali dengan Fasha ditaja sepenuhnya, dia kata bawa duit makan sahaja. Rupanya tak, duit makan pun dia belanja.
Lagi best dia belanja spa tiga jam.
Selain itu, Ridzuan juga mengakui Fasha ialah seorang yang sentiasa menjaga disiplin terhadap masa meskipun mereka sedang bercuti.
Semua peminat wajib turun sarapan jam 7.30 pagi dan ada di cafe hotel. Tak main-main ye, kami pun kena ikut cara dia.
Nak naik bas ke Kechak Dance, dia dekat lobi 30 minit awal.
Hargai peminat

Bercerita lanjut, Ridzuan mendedahkan pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu sering menyokong dan membantu mempromosikan barangan jualan peminatnya.
Dulu aku berniaga sambal online. Bayangkan dia beli barang yang dijual oleh peminat dan promosi dekat Instagram dia secara percuma.
Tambah Ridzuan lagi, pelakon filem Cicak-Man tersebut meletakkan kepercayaan kepada peminatnya sehingga dijadikan sebagai pembantu peribadi.
Kebanyakkannya PA (personal assistant) Fasha sekarang ini asalnya ialah peminat biasa, kemudian jadi peminat yang rapat, jadi kawan dan Fasha panggil jadi PA yang berbayar bukan percuma.
Siapa yang fans dia, anda sokong selebriti yang betul.
Sumber: Threads




![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)


