Rumah tangga madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dengan suami, Rosland Othman menjadi bualan warganet selepas gagal bertemu jalan pendamaian di mahkamah.
Artikel Berkaitan: ‘Rumah Tangga Suami & Madu Memang Bermasalah, Saya Tak Masuk Campur’ – Miera Leyana
Artikel Berkaitan: Suami Miera Liyana Sekat Nombor Telefon Isteri Pertama, Tak Bayar Nafkah Lebih Setahun
Bapa aku kahwin dua boleh
Susulan isu menyekat panggilan telefon Adibah serta gagal menjalankan tanggungjawab memberi nafkah, anak kepada Rosland tampil bersuara menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ciapan pada Sabtu, anak yang dikenali sebagai Izzah ini mempersoalkan percutian ayahnya bersama Miera dan anak mereka, Rachel Aisyah, ke Vienna, Austria, pada Januari lalu.
Katanya, ayahnya mampu pergi bercuti tetapi culas bayar nafkah kepada ibunya dan anak-anak lain.
Nak keadilan untuk ibu
Dalam pada itu, Izzah turut meluahkan rasa kecewa dan penat dengan sikap ayahnya yang menjadi ‘mangsa’ keadaan serta memberi alasan tidak berasas.
Tegasnya, dia hanya menginginkan keadilan terhadap ibunya yang sudah teraniaya sejak sekian lama.
Pada Jumaat lalu, Adibah menuntut Rosland untuk menyelesaikan tuntutan nafkah dia dan hak anak-anak yang tidak dibayar selama lebih setahun.
Katanya lagi, Rosland juga telah menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas (WhatsApp) sejak September 2021.
Dakwanya lagi, Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak berkahwin dengan Miera pada 26 Julai 2020.
Sumber: Twitter