berita

‘Pergi Ke Rumah Tiada Penghuni’ – Niat Rakan Artis Bantu Puteri Balqis Tidak Kesampaian

January 22nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kepayahan hidup yang dilalui pelakon cilik, Puteri Balqis sehingga terpaksa mengikat perut telah mengundang simpati masyarakat. Ramai yang tidak menyangka kehidupan pelakon ini berubah sekelip mata selepas jatuh sakit sekitar tahun 2018.

Rakan artis termasuk vokalis kumpulan Massa, Zack, berhasrat memberi sumbangan untuk meringankan beban walau bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian kerana ibu dan pelakon berkenaan tidak dapat dihubungi.

Tak dapat hubungi

Menerusi laporan Berita Harian, Zack berasa sangat kecewa kerana usaha untuk menghubungi ibu Puteri Balqis gagal. Malah, dia dan rakan lain telah ke rumah mencari mereka namun didapati rumah tidak berpenghuni.

Kami mencari alternatif lain selepas gagal mendapat maklum balas ibu Puteri Balqis. Kami juga berusaha menjejakinya di rumah, tetapi tiada berpenghuni.

Sebelum ini, kami cuba menghubungi dan menghantar mesej, tetapi tidak dilayan. Malah, mesej tidak dibaca ibu pelakon itu.

Sebaliknya, kami pula menerima balasan yang menerangkan cara membeli buku puisi yang dijual Puteri Balqis.

Anjur busking amal untuk bantu

Menurut Zack lagi, dia dan penyanyi rock lain pada Ahad ini mahu melakukan acara Busking Amal di Dataran Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membantu Puteri Balqis. Walau bagaimanapun hasrat mereka itu nampaknya tidak kesampaian.

Namun, saya sedih tidak dapat menemuinya. Ramai penyanyi rock mahu membantu, tetapi hampa.

Untuk program Busking Amal, pihak penganjur mahu menyatukan penyanyi rock otai bersama artis baharu dan pemuzik jalanan.

Kami terpanggil membantu rakan artis yang kurang bernasib baik. Ada antara mereka memerlukan perbelanjaan untuk merawat penyakit kronik.

Pihaknya tetap meneruskan acara tetapi wang sumbangan akan disalurkan kepada pemuzik yang menghadapi masalah kesihatan dan yang kurang bernasib baik.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×