

Tanpa sakit, pengarah muzik terkenal Lok-U atau nama sebenarnya Faizal Uzir pergi menghadap Ilahi pada pagi Rabu. Allahyarham yang berusia 47 tahun difahamkan sesak nafas di rumahnya selepas berjogging.
Dibedah siasat di Hospital Serdang

Jenazah arwah kini di Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan dijadualkan dibawa pulang semula ke kediamannya di Puncak Jalil bagi urusan keluarga dan rakan untuk memberikan penghormatan terakhir.
Tinggal 4 anak

Allahyarham meninggalkan isteri, Jamariah Yusof serta empat orang anak Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.
Arwah merupakan antara pemuzik yang popular dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan sering diberi mandat mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.
Sumber: Astro Awani






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)