berita

Perhatian Kepada Samsung User! Check Telefon Korang SEKARANG! Ada Sesuatu Yang Baru Tak?

December 21st, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Korang ada tak kawan-kawan yang jarang update software android telefon diaorang kepada versi yang terbaru?

Bila ditanya kenapa tak update mesti diaorang akan jawab;

“Aku tak tahu apa nak kena buat atau untuk apa eh update software ni, benda sama je kan?”

Tapi jangan risau, sebab masalah ini bukan lah sesuatu yang pelik pun. Kadang-kadang tu, mereka ni semua bukan lah ‘kaki telefon’ atau memang tak ada pengalaman langsung dalam pendedahan berkenaan software update untuk telefon.

Jangan risau, hari ni min akan kongsikan pelbagai ciri-ciri baru untuk penggunaan yang lebih optimum jika korang update telefon pintar korang SEKARANG!

One UI 6 hanya untuk pengguna Samsung!

Wehhh…Korang tahu tak, Samsung Malaysia ada umumkan yang kita dah boleh update software terbaru mereka hari ini dan hanya terpakai untuk model tertentu sahaja tau.

Samsung One UI 6 telah mula ditawarkan terlebih dahulu kepada pengguna siri Samsung Galaxy S23 dan akan diikuti dengan siri Galaxy yang lain. Sabar ya!

One UI 6 merupakan software yang dibina oleh pihak Samsung berdasarkan sistem operasi Android 14 yang telah pun dilancar pada Oktober yang lalu.

Apa yang menariknya lagi, software kali ini menampilkan beberapa penambahbaikan untuk aplikasi-aplikasi Samsung, penampilan yang lebih mesra pengguna dan membenarkan pengguna untuk mengubah suai UI (User Interface) mengikut cita rasa korang sendiri. Ini yang kita mahukan!

Your Galaxy, Your Way!

Korang perasan tak yang orang sekarang ni, lebih cenderung untuk membeli telefon pintar yang mengambarkan kepribadian mereka sendiri? Mana taknya cara ini mampu memberikan pengalaman yang unik kepada si pemakai.

Nak kan kebebasan? Nak custom interface sendiri? Update Samsung One UI 6 cepat!

Min bagi satu contoh features baru yang korang boleh nikmati lah, untuk sesiapa yang dah update One UI 6 ni, korang dah boleh setup lock screen korang mengikut mod dan rutin tau. Lepas ni korang pilih jer nak letak gambar apa, semua boleh. Janji korang happy!

Bukan setakat tu je, pelbagai elemen dalam One UI 6 telah ditambah baik untuk menghasilkan ciri yang lebih moden, macam font, pilihan emoji yang lebih banyak dan sebagainya.

Apa yang min paling suka tentang One UI 6 ni ialah adanya quick panel yang membolehkan kita kawal tingkat kecerahan yang bersesuaian, kawalan default dan yang paling min excited adalah, kita dah boleh setup sendiri ikon aplikasi mengikut citarasa kita sendiri tau. Hehehe!

Peramal cuaca bergerak!

Sekarang kan musim hujan, kita kena lah sentiasa up to date tentang keadaan cuaca di sekeliling kita.

Dengan adanya Weather Widget ni, korang kini boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang lebih terperinci tentang keadaan cuaca di sesebuah kawasan secara langsung pada skrin utama korang tau.

Samsung betul-betul nak suruh kita ‘sediakan payung, sebelum hujan’!

Ciri ini memang sangat membantu kita sebagai pengguna untuk melakukan persediaan lebih awal seperti membawa payung atau sebagainya.

Tak cukup dengan tu, setiap pemberitahuan mengenai ramalan cuaca turut disertakan dengan visual untuk memaklumkan kepada pengguna tentang keadaan cuaca buruk yang akan berlaku seperti ribut, hujan lebat atau suhu melampau. Hebat tak?

Snap dan edit gambar bak profesional!

Kita semua tau yang Samsung punya kamera antara yang terbaik, orang cakap tip top lah!

Sebelum tu min nak tanya, korang suka edit gambar tak? Kalau suka min ada satu berita baik untuk korang, nak tahu apa?

Samsung kini telah memasukkan satu features baru untuk pengeditan iaitu AI editing suggestion beb! 

Hal ini dilakukan bagi memudahkan pengguna seperti kita meningkatkan lagi kualiti foto dan video bak profesional, silap-silap orang ingat kita shoot pakai camera DSLR tau. Hihihi!

Cara ini bertujuan untuk menyelaraskan proses penyuntingan dan menawarkan akses pantas kepada pelbagai alatan pengeditan terus daripada aplikasi galeri seperti;

  1. Photo Remaster

Menggunakan algoritma AI untuk meningkatkan kualiti imej dengan melaraskan warna, kontras, ketajaman dan mengurangkan noise bagi menghasilkan foto yang lebih bernyawa.

  1. Object Eraser

Menggunakan alat object eraser berkuasa AI untuk memadam elemen atau orang yang tidak diingini dalam foto tanpa menjejaskan integriti imej.

  1. Kesan Potret

Memanfaatkan AI untuk pelarasan kabur, latar belakang atau menukar kedalaman medan untuk mencipta tangkapan potret yang kelihatan profesional dengan kesan bokeh yang boleh disesuaikan.

Untuk sesiapa yang suka edit video dalam telefon tu, min sarankan cepat-cepat lah update One UI 6 ni, sebab Samsung dan mula meningkatkan pelbagai ciri untuk mengedit video yang lebih maju.

Samsung studio juga direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang mencari keupayaan mengedit video gred pro terus dari peranti mudah alih mereka.

Berikut merupakan beberapa ciri yang min maksudkan;

  1. Multi-Layer Editing Screen

Keupayaan yang membolehkan pengeditan lebih kompleks, seperti menindih berbilang video atau menambahkan pelbagai elemen seperti pelekat, teks atau audio tanpa menjejaskan video asas.

  1. Project Based

Melalui ciri ini, korang boleh menyimpan video yang belum selesai di edit dan boleh sambung pada bila-bila masa sahaja. Sangat sesuai untuk projek yang lebih kompleks dan memerlukan lebih banyak masa.

Sentiasa memastikan keselamatan telefon terjaga!

Fokus Samsung pada kali ini ialah meningkatkan ciri privasi dan keselamatan, terutamanya bagi pengguna yang mungkin tidak biasa dengan potensi risiko atau mereka yang mencari extra perlindungan.

Ini apa yang Samsung tawarkan melalui One UI 6;

  1. Penyekat Auto Daripada Sumber Tidak Diketahui

Mampu menghalang sebarang aplikasi dipasang daripada sumber yang tidak diketahui atau tidak disahkan sambil mengurangkan risiko perisian hasad atau perisian yang berpotensi berbahaya menyusup ke dalam peranti korang.

  1. Perlindungan Terhadap Akses Tanpa Kebenaran Melalui USB

Menyekat arahan daripada kabel USB dan membantu melindungi daripada percubaan untuk memasang perisian atau mengakses data tanpa kebenaran pengguna.

  1. Samsung Message Guard

Ciri ini mungkin menggunakan pengimbasan bagi mengenal pasti dan menyekat sebarang fail atau kandungan yang berpotensi berbahaya yang diterima melalui mesej, mengurangkan risiko membuka fail yang mencurigakan secara tidak sengaja.

Peningkatan ini bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk individu yang mungkin tidak mahir dalam amalan keselamatan, melindungi mereka daripada potensi ancaman tanpa memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam.

Dengan memasukkan langkah keselamatan ini terus ke dalam sistem, Samsung mengambil langkah proaktif untuk menjadikan peranti mereka lebih selamat dan mesra pengguna, mengutamakan keselamatan pengguna dalam dunia yang semakin digital.

Segala-galanya berada dihujung jari!

Zaman dah makin moden, semuanya semudah ABC123!

Samsung Wallet nampaknya merupakan penyelesaian yang mudah untuk pengguna untuk mengurus keperluan seharian sebab segala-galannya ada dalam satu peranti.

Dengan adanya Samsung Wallet ni, korang boleh menggabungkan semua kad kredit, ID, ticket, kupon dan sebagainya dalam satu aplikasi je tau.

Bukan setakat tu je, ia juga ada kalendar syncing bagi memastikan korang ingat tarik-tarik penting macam tarik flight, tarikh tamat tempoh kupon atau sebagainya. Ciri ini membantu korang untuk kekal teratur.

Sekarang kan zaman QR, semua benda kalau boleh kita nak gunakan QR betul tak? Haaa…One UI 6 pun boleh lah!

Lepas ni kalau korang nak naik flight atau beli ticket apa-apa pun dah tak payah print out sebab korang boleh scan and go jer. Mudah, pantas dan selamat!

Nikmat apa yang didustakan ni! Kalau korang nak nikmati semua kelebihan ni tunggu apa lagi guyss cepat update software One UI 6 korang SEKARANG jugak! Jangan cakap min tak bagi tahu ya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari ke laman web rasmi Samsung.

SKIP THIS AD ×