berita

‘Peritnya Tiada Disisi Daddy’ – Bakal Dituduh 3 Petang Ini, Anak-Anak Risau Keselamatan Najib

September 20th, 2018 | by faris
Kini Trending

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadinya.

SPRM memaklumkan penahanan itu dibuat pada jam 4.13 petang semalam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Berhubung penahanan itu, dua anaknya Norashman dan Nooryana Najwa meluahkan isi hati mereka melalui Instagram masing-masing.

Perit tidak berada disisi daddy

Nooryana meluahkan rasa terkilannya tidak dapat bersama dengan bapanya menempuhi detik-detik sukar ini kerana sedang melanjutkan pelajarannya di University Harvard. Tambahnya, bapanya itu meminta dia tidak berputus asa dengan pengajian walau apa pun yang berlaku.

Daddy, sebelum tidur saya hantar gambar saya dengan Adam (cucu Najib) mendoakan yang terbaik untuk daddy pukul 3 petang nanti. Daddy tak baca atau balas mesej saya tapi pada 5 pagi tadi Ashman telefon dan mengatakan mereka tahan daddy lagi sekali.

Peritnya apabila berada di sudut lain dunia dan tidak disisi daddy. Tapi daddy selalu bertegas kepada saya untuk tidak berputus asa menyudahkan Harvard, walau sesusah mana sekalipun.

Ashman harap ayah diberi layanan adil

Manakala buat Ashman pula, dia membayangkan kesusahan yang terpaksa dihadapi bapanya ketika dalam penahanan pihak berkuasa. Dia juga mendoakan Najib diberi layanan seadilnya mengikut undang-undang.

Saya duduk di sini di luar tempat penahanan daddy dengan kebimbangan yang teramat. Saya tidak dapat membayangkan kesusahan yang kamu hadapi di dalam sana.

Saya berdoa daddy diberi layanan yang adil dan untuk undang-undang Malaysia perlu ditegakkan. Tidak sabar untuk membawa daddy ke tempat kegemaran yong tau foo bila kamu dibebaskan daddy.

Sumber: Yana Najib, Ashman Najib

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×