Khidmat personal shopper atau runner adalah sangat diperlukan lebih-lebih lagi selepas kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka ini sekaligus dapat membantu dan memudahkan urusan ketua keluarga untuk membeli barang keperluan dapur. Oleh itu, mereka juga perlu dibayar atas perkhidmatan yang diberikan.
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook yang juga merupakan personal shopper ada meluahkan rasa kecewa terhadap salah seorang pelanggannya yang seolah-olah tidak faham dan kurang bertimbang rasa terhadap dirinya.
Tugas seorang personal shopper
Disebabkan sekarang tengah hangat cerita caj runner, tidak apa cuma renungkan lah nasib kami ini. Ada harga yang perlu dibayar. Untuk itu RM4.10/- cukuplah. Tak perlu bayar lebih. Aku diam dan cuba menenangkan diri. Menolak troli mall itu bukanlah berat tapi amat lambat aku rasa untuk sampai ke motor. Dari tadi mula mencari cari barang yang dipesan ambil gambar itu dan ini, online WhatsApp untuk pilihan yang mana satu brand yang dimahukan.
Dan beratur panjang untuk buat bayaran. Hampir 1 jam untuk menguruskan pembelian ini job (personal shopper ) nampak macam seronok tapi hakikatnya yang pernah buat saja yang tahu. Patutlah ada yang tak suka pergi belanja. Sebelum turun kereta kena berpusing pusing cari car park. Ok siap pack kita ride delivery. Telephone asyik bunyi je. “Awak dekat mana dah siap belum? Jangan tipu saya nanti saya viralkan nama awak!!”.
Sentap aku. Aku ambil gambar barang barang atas motor snap gambar receipt dan send. Malas nak type panjang panjang nanti kerja tak siap. Perjalanan sejauh 29km pada aku tak lah jauh sangat. Tapi nak lepaskan traffic lights dekat simpang bandar ini memang sangat stress. Ada pula kereta rosak dekat simpang lagi lah sesak. Tapi kitakan runner celik jalan je sampai.
Ini rezeki anak-anak
“Datin . Semua barang barang datin saya dah siapkan dan receipt bayaran dibag plastik depan. Semuanya RM195.90 seperti yg Saya WhatsApp tadi’. “Nah ambik RM200/- baki tu buat upah barang tu kau hantar dekat meja dapor”. Tetiba aku terdiam tak terkata kata note RM50/ x 4 keping itu aku genggam tutup rapat letak barang siap, pakai helmet start motor dan pulang. Sampai di rumah. Anak anak tanya mana gula gula yang ayah nak beli tadi? Aku habiskan 1 hari punya kerja.
Angkat barang beratur panjang dan bayar dahulukan duit aku bawak motor hampir 58/60km buat kerja 3@4 jam dan lepas tolak modal dan baki yang ada cuma RM4.10 /- itu belum kira duit minyak aku dan setengah hari aku belum makan. Takpe jom kita pi kedai depan beli gula gula. Hari ini rezeki kau orang anak anak ya. Ambil nie RM4.10/- beli ice cream dan gula gula. 4 batang ice cream, je. “Ayah ni baki duit ayah simpanlah ya nanti ayah nak pi kerja nak isi minyak motor lagi tau. RM0.10 sen.
Sejak hari itu biar aku yg bagi nilai dan tetapkan harga sebab setiap kerja itu ada harga yang perlu dibayar bukan percuma. Tak kiralah mereka kata mahal dan cekek darah lah tapi kerja aku ada nilai. “You nak. I boleh buat segala galanya untuk You tapi sayang ia ada harga yang perlu dibayar bukan percuma’. Aku seorang runner dan jalan raya ini adalah pentas hidupku.
Sumber: Facebook