berita

Perkakas Rumah Belum Ada Yang Baru? Jualan Mega Raya One Living Tawar Deal Menarik Buat Lebaran Ni!

May 24th, 2019 | by Hasyyati Ruzelan
Shout Out!

Indahnya Aidilfitri kalau semua peralatan rumah baru kan. Hehe. Tahu lah dah dalam mood raya, min saja nak ingatkan perkakas rumah tu dah ada yang baru ke belum? Almaklumlah hari raya ni, kalau boleh daripada ruang tamu hingga lah ruang dapur memang semuanya nak yang baru kan. Barulah feeling raya uols.

Tak tahu nak beli kat mana? Haa.. kalau korang nak tahu One Living memang tempat yang wajib korang pergi untuk grab barangan elektronik dan perkakas rumah tau.

Korang tengok lah betapa ramainya orang beratur lepastu sanggup pulak redah hujan panas oi semata-mata nak ke One Living ni. Mana tak sesaknya, di sini je satu-satunya yang bagi alat eletronik dan perkakas rumah dengan harga gila murah. Aii memang kena serbu lah jawabnya.

Nak pilih yang mana satu ni? Yang berjenama pun ada okay!

Cuba korang tengok haa, bukan sahaja satu jenama. Tapi banyak lagi barangan elektrik dan perkakas rumah yang berjenama di One Living ni tau. Memang banyak gila pilihan wei. Dah naik terbeliak biji mata tak tahu nak pilih mana satu ni.

Haa bukan setakat jenama tempatan je, jenama antarabangsa pun ada guys. Antara jenama yang ada di One Living ni ialah LG, Toshiba, Sony, Samsung, Sharp, Electrolux, Beko, Panasonic, Philips, Tefal, Haier, Mitsubishi Electric, Deka, Elba, Rubine, Karcher, JBL, Isonic, Blueair, Joven, Milux, Livinox, Bayu Air, Khind,  Honeywell, Ecovacs, dan Superecoo.

Wow, barangan elektrik serendah RM9 wei. Memang ada di One Living je ni!

Kadang-kadang memang tak expect pun nak rosak, tup-tup iron rosaklah, rice cooker rosaklah. Time nak guna ni lah dia nak buat hal. Aduh memang kabut jadi macam ni.

Korang nak apa lagi? Petik jari semua boleh dapat di One Living. Haa yang paling menarik korang boleh dapatkan pengering rambut dengan harga RM9, seterika dengan harga RM11, pemanas air hanya RM57 je okay! Tak cukup dengan itu, korang juga boleh dapatkan induction cooker dengan harga RM99.

Haa.. kalau tak nak berpanasan time-time raya nanti, elok lah beli set aircond atau kipas ni. Barulah tetamu asyik melekat je rumah korang. Iyelah pakai barangan One Living mana mahunya nak bergerak. Semuanya berkualiti okay.

Di One Living ni, korang dah tak payah pening okay. Memang serba lengkap lah, harga yang ditawarkan pun memang tip top murah wei. Mesin basuh automatik jenama antarabangsa pun ada hanya pada harga RM479 je! Uish murahnya!

Bukan itu sahaja, dah nama pun raya. Mestilah rumah korang penuh dengan family dan sedara kan. Peti sejuk dan mesin basuh pun ada di One Living ni tau. Harga peti sejuk serendah RM299 je wei. Mesti pak long dan mak long asyik dok melilau je mata tengok semua baru. Hehe!

Tetiba teringat orang tua di kampung ye. TV yang kat kampung tu dah lama tak bertukar. Betul tak? Alang-alang di One Living ni ada TV yang murah, korang hadiahkan lah TV satu untuk parents korang. Barulah makin erat hubungan kekeluargaan tu. Pelbagai pilihan TV ada di sini. Ada TV HD, UHD, TV melekat di dinding, TV yang nipis pun ada okay!

Eh bukan itu sahaja, peralatan dapur seperti blender, pemanas air, set kitchen hood & hob pun ada di One Living ni. Korang sebut sahaja jenama yang korang nak. Ada Philips, Milux, Panasonic, Elba dan banyak lagi. Memang padu lah pilihan di One Living ni!

Pelbagai pilihan lampu di One Living ni. Memang meletoplah rumah korang nanti!

Di One Living terdapat pelbagai lighting yang ada tau. Nak rumah korang nampak gah di hari raya nanti? Korang wajib ada koleksi chandeliar yang ada di sini.

Selain itu, di sini juga terdapat lampu siling, lampu meja dan lampu dinding. Memang rambang mata wei. Semua cantik-cantik belaka.

Wow, shopping sakan diorang ni. Sampai penuh bonet tu!

Korang tengok lah betapa excited nya pelanggan One Living ni. Penuh bonet kereta oi, tu pun tak cukup lagi tau. Dengan motorsikal pun jadi. Siap buat dua trip lagi shooping di One Living punya pasal. Kalau korang tak singgah, memang rugi besar lah  jawabnya. Harga runtuh wei!

Jom join peraduan Teka & Menang!

Nak tahu apa yang lagi bestOne Living ada peraduan dan diorang nak bagi hadiah Tefal Rice Cooker Induction RK8055 (jimat Rm829) dekat korang tau. Nak tahu macam mana korang boleh menang? Jom baca ni guys!

Teka di mana lokasi dan Menang!

  1. Like post ini dan jadi peminat ONE LIVING Sdn Bhd
  2. Jangan lupa untuk teka di mana lokasi seperti gambar yang tertera
  3. Tulis kapsyen “I’m going to ONE LIVING MEGA RAYA SALE! pada 24 Mei hingga 26 Mei 2019! Waze: One Living Puchong – 08BP
  4. Ikuti kami dari semasa ke semasa untuk sebarang updates

*Peraduan berakhir pada 22 Mei 2019  pada jam 23:59 pm
*Nama pemenang akan diumumkan pada 23 Mei 2019

Jom serbu cruiser di One Living. Gempak weh!

Haa.. kalau korang nak tahu akan ada cruiser di One Living nanti tau. 988 cruiser akan menanti ada di One Living sempena Jualana Mega Raya kalini. Jangan lupa buat reminder di kalendar korang iaitu pada 26 Mei 2019 pada 12 tengah hari okay. Memang gempak weh!

Pelbagai promosi istimewa yang ditawarkan di One Living. Syoknya!

Yang istimewanya di One Living ni, korang boleh trade in perkakas rumah yang lama tu seperti periuk nasi. Tukar periuk nasi lama dan dapatkan diskaun sehingga 50% dan dapatkan periuk nasi baru Tefal RK8105 yang bernilai RM429 je. Dah tak hangus lah masak nasi nanti.

Dengan adanya periuk nasi Tefal ni, korang tak perlu sibuk nak membeli dapur gas lagi dah. Rice cooker ni memang multi proposed cooker okay. Boleh masak steam boat, masak mi segera, bubur ayam dan banyak lagi. Berbaloi kan!

Nak lagi syok, korang jangan lupa grab seterika stim Tefal GV6840 yang berharga RM1499. Nak tahu kenapa? Haa.. korang boleh dapat periuk nasi Tefal IH RK6041 secara percuma sahaja. Aish, ni memamng tak boleh duduk diam kalau macam ni. Beli satu, dapat percuma satu. Siapa yang tak nak oi. Memang jimat berbanding dengan harga asal periuk nasi tu yang bernilai RM659.

Korang dah survey belum TV di One Living ni. Sebenarnya ada tawaran gempak bila korang beli LG TV model bernombor: 55UK7500P atau 65UK7500P. Melalui tawaran PWP (purchase with purchase) ni korang boleh berbelanja dan dapatkan LG Soundbar (SK6) dengan harga RM599 sahaja. Sangat jimat berbanding dengan harga asal iaitu RM1885 dan dapat diskaun sehingga 68% lagi tau!

Apa tunggu lagi? Jom singgah One Living untuk dapatkan deal yang gila gempak!

Memang pantang betul kalau ada sale yang harga runtuh macam ni. Korang tengok sajalah betapa ramainya pengunjung di One Living ni semata-semata nak dapatkan tawaran yang menarik. Jenoh oi nak beratur panjang-panjang macam ni.

Jadi, make sure korang datang awal dan beratur untuk beli barangan yang korang idamkan okay. Kalau tak, memang habis disambar orang lah ceritanya.

Jualan Mega Raya Sale di One Living Puchong! 
Tarikh: 24 Mei – 26 Mei 2019
Masa: 10 pagi hingga 9 malam
Alamat: 30, 32, 34, 38, 40, 42, 44 & 46, Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
Waze: One Living Puchong – 08BP
Outlet Contact : 03-5882 0637
Hotline: 1700-81-8480