Penyanyi dan pengacara Alif Satar menerusi laman Instagramnya berkongsikan berita yang mengejutkan apabila dirinya disahkan positif Covid-19. Difahamkan penyanyi itu telah menjalani beberapa ujian saringan setiap kali menjalankan penggambaran.
Dia memohon maaf kepada kontak rapat dan juga keluarga atas berita yang kurang menyenangkan itu. Dia juga memohon agar orang ramai mendoakan dirinya diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Mengejutkan dan mendukacitakan
Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan. Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif. Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin.
Alif meluahkan rasa kebimbangan apabila dirinya baru saja disahkan dijangkiti positif Covid-19. Malah, dia bimbang akan kesihatan keluarganya dan rakan-rakan yang terlibat penggambaran bersamanya, tempoh hari.
Tambahnya lagi, dia juga telah menyerahkan nama-nama kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikenalpastinya dalam tempoh 14 hari sebelum ini. Dia kini sedang menjalani proses kuarantin sepertimana disarankan pihak KKM.
Sumber: Alif Satar