berita

Perkara Yang Bikin Rakyat Malaysia Tak Keruan Masa Raya. Hmm.. Lain Maciem Ni!

May 15th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Wuishh lain maciem sungguh fashion baju raya kau, ni yang viral kat social media tu kan?

Korang pernah tak buat perkara rare masa raya. Kadang-kadang bila buat benda yang lain daripada yang lain masa raya ni, barulah sambutan hari raya terasa lebih meriah. Lebih-lebih lagi, zaman ledakan teknologi ni, di mana semua benda kita nak kongsi di media sosial.

Cakap pasal benda rare, min ingat lagi antara beberapa moment lain maciem yang pernah jadi trending masa raya satu ketika dulu. Haa.. Korang pernah buat tak? Baik mengaku cepat!

Raya dulu vs sekarang, mengimbau kenangan betul..

Satu ketika dulu trending orang buat challenge ni, di mana korang kena ambil gambar serupa macam gambar lama yang pernah dirakamkan. Paling best kalau gambar yang dirakamkan tu nampak sama yang berubah hanya latar masa je.

Min tabik famili yang berjaya untuk buat challenge ni. yelah bukan senang tau adik-beradik atau sanak-sedara nak berkumpul dalam satu masa. Benda macam ni kalau dibuat setiap kali raya bukan je boleh mengeratkan silaturahim malah mengamit memori.  Nak try la tahun ni!

Bergaya dengan baju rasa extraordinary, barulah menonjol sikit!

Selalunya setiap kali raya majoriti yang meraikan akan mengenakan baju kurung atau baju melayu. Tapi bila baju raya korang mempunyai corak yang berbeza daripada kebiasaan, korang mesti akan jadi tumpuan punyalah,

Yelah, siapa je yang sanggup pakai baju raya corak Hello Kitty atau Doraemon masa raya. Lain daripada yang lain sungguh, nak kata cantik tu pendapat masing-masing. Memang tunggu kena kecam punyala!

Melancong ke luar negara masa raya. Best ke?

Kalau dulu semasa hari raya menjadi satu kewajipan untuk pulang berkumpul beramai-ramai di kampung. Tapi sekarang macam dah jadi satu trend baru pula, menyambut raya di perantauan.

Mungkin bagi sesetangah orang tak meriah raya kat luar negara ni, tapi sebenarnya asalkan korang berkumpul bersama yang tersayang, semangat raya tu tetap akan ada. Cewahhh!

Raya dengan snek Mister Potato edisi terhad raya. Wuish memang lain maciem!

Korang nak tau macam mana korang boleh sambut raya lain maciem tahun ni? Haa.. Admin ada jawapannya, korang kenalah sambut raya dengan snek Mister Potato edisi terhad. Kali ni bukan satu tapi ada dua perisa yang korang kena cuba tau!

Sejak Mister Potato bagi teaser di laman facebook diorang, netizen dah mula tinggalkan komen tentang perisa yang nak dikeluarkan. Nampaknya netizen takkan kecewalah! Ni min share sikit cara raya lain maciem dengan Mister Potato..

https://www.facebook.com/misterpotatocrisps/videos/2527917897233099/?t=116

Mister Potato Rendang Crisps & Satay Chips edisi terhad. Kena cuba ni!

https://www.facebook.com/misterpotatocrisps/videos/386100235311988/?t=10

 

Bukan biasa-biasa nampaknya perisa edisi terhad Mister Potato kali ni. Dahla rendang dengan satay memang favourite rakyat Malaysia, dibuat pula perisa snek kentang kegemaran ramai. Mesti korang nak cuba kan?

Haa.. Kalau korang nak tau untuk edisi terhad ni, Mister Potato Rendang Crisps hanya ada dalam bentuk canister je, Mister Potato Satay Chips pula dalam format bag yang biasa korang beli tu.

Nak sesuatu yang lain maciem raya nanti? Dapatkan Mister Potato korang!

Raya nanti korang jangan lupa dapatkan Mister Potato Rendang Crisps dengan Satay Chips ni. Boleh kongsi-kongsi dengan sedara-mara atau tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Takyah nak menyusahkan diri kacau-kacau atau kipas-kipas bila nak makan rendang atau satay sebabnya korang boleh dapatkan rasa ni hanya dengan Mister Potato.

Terus je ke laman Facebook rasmi Mister Potato, kalau korang nak tau lebih lanjut tentang tentang produk ni okay!

Jom serbu pasaraya berdekatan korang untuk dapatkan Mister Potato Rendang Crisps dan Satay Chips edisi terhad ni. Kalau terlambat korang yang rugi! Adios Amigo..

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×