berita

PERKESO Run & Ride Kembali Lagi Tahun Ini. Lebih Gempak, Boleh Healing!

September 5th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Zaman sekarang semakin ramai memilih gaya hidup sihat, sehingga kita lihat sesak taman awam dengan orang berlari bersama keluarga dan ada juga geng basikal masing-masing.

Kadang kita nak tumpang sekaki, sama ada berlari atau berbasikal, tetapi tak ada geng. Sudahnya, hasrat tu ditangguhkan, sama macam azam kita tahun demi tahun yang asyik ‘carry forward’.

Itulah antara cabaran bila nak jalani gaya hidup sihat. Kita tak tahu nak mula dekat mana dan dengan geng mana untuk dijadikan teman beraktiviti.

Tahun lepas KL, kali ni Putrajaya!

Dah, tak payah pening-pening. Korang ingat tak ada event berbasikal dengan berlari yang dianjurkan dekat sekitar Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas? 

Meriah weh…Meremut lah orang Kedah kata dekat ibu kota tu apabila 340 geng basikal dan 2,810 pelari mengambil bahagian.

Rasa macam Kuala Lumpur tu kita yang punya apabila bebas untuk berlari dan berbasikal, sambil berpeluang untuk dapat kenalan baru masa join pelbagai aktiviti sampingan di sepanjang event tersebut. 

Mesti korang rindu nak beraktiviti macam tu kan? Lari dan berbasikal secara santai-santai sambil ‘membawang’ serta menghirup udara segar. 

Bukan apa, nak join event lari dan berbasikal yang serius sampai beratus kilometer tu belum sampai seru lagi. ‘Tak daya teman’ bak kata orang Perak.

Lari atau kayuh tapi janji santai!

Min memang paham sangat apa yang korang rasa tu. So, moh la kita join PERKESO Run & Ride 2023 yang kali ni akan dibuat di Putrajaya pula. Kalau di Kuala Lumpur tahun lepas dah gempak habis, kali ni di Putrajaya, confirm happening!

Putrajaya lagi luas wehhhh…Korang boleh berbasikal dan berlari dengan selamat, sambil healing sampai pagi sampai tak balik. Eh, tu lirik lagu. Ok, joke aside! Meh min share sikit pasal event anjuran PERKESO ni.

Pada 19 November ni, program PERKESO Run & Ride 2023 akan dianjurkan di Dataran Putrajaya. Ala, tempat yang selalu kawan-kawan korang upload dekat IG lari tepi tasik cantik, jambatan warna warni dan penuh dengan tumbuhan malar hijau tu.

Untuk yang nak berlari, korang boleh pilih 2 kategori, 5km atau 10km. Lepas tu, geng basikal pula boleh pilih nak kayuh 20km atau 40km. Yang penting, semuanya konsep santai-santai je macam lagu Faizal Tahir tu. Santai-santailah sayangku, pergi mana laju-laju? Eh, min ni asyik berlagu jeeee…Sorry eh korang.

Jom meriahkan PERKESO Run & Ride 2023!

Korang tahu tak sebenarnya, PERKESO Run & Ride ni merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh PERKESO sejak tahun 2015 lagi. Wow!

Dengan menyasarkan seramai 8,000 peserta, min dengar ada macam-macam acara dan aktiviti yang menarik seperti, berbasikal, larian, aktiviti zumba, booth pameran dan lain-lain lagi.

Pssttt….Sesiapa yang bertuah korang berpeluang memenangi hadiah yang menarik bagi acara cabutan bertuah ni tau.

Macam mana? Excited nak join tak?

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, korang boleh layari laman sesawang PERKESO Run & Ride 2023 atau hubungi 1-300-22-8000.

Hidup sihat, kekal bahagia bersama yang tersayang!

SKIP THIS AD ×