
Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa berang terhadap segelintir netizen yang berfikiran ‘kotor’ ekoran perkongsian mengenai kakaknya yang bersalin tanpa jahitan.
Artikel Berkaitan: ‘Rezeki Bersalin Normal, Tak Ada Jahitan’ – Kakak Kieda Crepe Selamat Timang Bayi Perempuan
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Beza Orang Menegur Dengan Hati Atau Rasa Diri Sempurna’ – Kieda Crepe Respon Isu Tayang ‘Baby Bump’
Karipap luas

Menerusi perkongsian di Threads, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra dilihat memuat naik tangkap layar (screenshot) netizen yang dianggap kurang ilmu tentang proses bersalin.
Pada hantaran yang sama, individu terbabit mendakwa wanita yang bersalin tanpa jahitan memiliki lubang faraj yang lebih besar.
Orang kata, kalau tiada jahitan maksudnya besar kapal.
Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan individu tersebut mencetuskan kemarahan kepada usahawan berusia 29 tahun itu yang menyifatkan kenyataannya seakan orang tidak berilmu.
Kalau tak cerita penuh, orang tanya. Bila dah cerita penuh, terbayang karipap orang luas.
Apa guna berpantang? Apa guna bidan dan jamu-jamu yang kita akan makan lepas berpantang?
Meneran seorang anak, bukan meneran tahi.
Semua orang kalau boleh nak bersalin tanpa koyak, termasuk aku.
Doakan aku bersalin tanpa koyak, doakan aku ada rezeki itu.
Sumber: Threads @kiedx_







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)