berita

Perkongsian Lucu Rakyat Malaysia Tentang Perkara Yang Dilakukan & Rindui Sepanjang Tempoh PKP!

March 30th, 2020 | by Epul
Kini Trending

Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan minggu lalu ternyata mendapat pelbagai reaksi yang berbeza daripada masyarakat.

Memasuki minggu kedua perlaksanaan PKP, nampaknya ramai mula mengharapkan keadaan kembali pulih sebab masing-masing dah mula rasa bosan duduk di rumah. Ini antara perkongsian lucu rakyat Malaysia yang berjaya mencuri tumpuan kami!

Senang terpengaruh dengan resipi viral

Penuh timeline kami sepanjang minggu lalu dengan pelbagai resipi viral yang dikongsikan netizen. Paling famous mestilah Dalgona Coffee. Tipulah kalau korang tak cuba buat.

Dah kenal jiran sebelah rumah

Kalau sebelum ni jiran sebelah rumah pon tak kenal sekarang dengan nama anak-anak jiran pon dah tau. Korang jangan gelak sangat, korang kenal tak Mak Cik Kiah sebelah rumah?

Download banyak apps untuk kekal berhubung

Kalau selama ni ada group whatsapp je nak bersembang, rasanya sejak PKP ni dah makin banyak apps yang didownload untuk stay connected bersama kawan dan yang tersayang.

Dah lama tak isi minyak kereta katanya!

Selalunya bila harga minyak turun, yang paling gembira mestilah pengguna kereta sebab kos bulanan dapat dijimatkan. Rasanya dah 3 minggu harga minyak turun, baik korang jujur bila korang last isi minyak?

Bosan kerja dari rumah. Nak masuk office balik!

Mesti ramai dalam kalangan korang dah mula panas punggung duduk rumah kan? Kalau kat office ada juga kawan kat sebelah nak ajak sembang atau minum kopi.

Bilalah boleh panjat Bukit Broga lagi?

Waktu PKP ni ramai yang dah start throwback gambar lakukan aktiviti riadah, yelah nak jogging kat taman rekreasi pon tak boleh, silap hari bulan boleh kena angkut polis pula nanti!

Nak lepak mamak, nak teh tarik!

Lepak di kedai mamak dan rakyat Malaysia memang tak boleh dipisahkan. Menu wajib semestinya teh tarik dan roti canai. Sejak PKP ni, kosong je tengok kedai mamak. Rindu pula rasa dan aroma teh tarik sambil borak dengan geng.

Rindu teh tarik mamak? Jom pekena Teh Tarik ORI F&N dengan rasa ori macam kat kedai mamak!

Korang dah tak tertahan rasa rindu nak minum teh tarik mamak? Jangan bersedih lagi kerana F&N perkenal produk terbaru Teh Tarik ORI F&N yang dibungkus dalam botol dengan rasa dan aroma yang sama macam kat kedai mamak!

Untuk pengetahuan korang, buat pertama kalinya Teh Tarik ORI F&N akan dilancarkan dan dijual secara atas talian tau. Korang tak perlu bagi alasan nak keluar rumah beli teh tarik. Order je di laman sesawang membeli belah Lazada, Shopee atau F&N Life pada harga promosi RM9.90 untuk 4 botol.

Boleh la korang lepas rindu kat teh tarik mamak sebabnya Teh Tarik ORI F&N mempunyai rasa 100% sama macam kat kedai mamak. Tak percaya? Korang kena order dulu dan rasa sendiri!

Kalau korang nak teh tarik korang ada foam macam korang biasa minum kat mamak, jangan lupa goncang dulu botol sebelum buka. Memang ummphh la rasa dia!

Jom join sesi teh tarik virtual terbesar di Malaysia, ajaklah geng sekali!

Masih nak lepak minum teh tarik dalam tempoh PKP? Apa kata korang join je Pertemuan Mamak Virtual Terbesar di Malaysia melalui platform Zoom yang dianjurkan F&N. Jangan lupa ajak geng korang sekali, barula meriah. Ni kami share sikit detailnya:

9 April 2020 (Khamis)– 8.30PM & 10.30PM

Ini bukan lepak kosong tau, sebab korang akan ditemani oleh DJ Radio Hot FM, Zetty dan Zack Merican serta selebriti media sosial, Cikidot dan Noreen. Sepanjang sesi lepak ni juga akan ada permainan dan kuiz yang korang boleh sertai untuk merebut pelbagai hadiah menarik! Jangan lupa order Teh Tarik ORI F&N bagi menyerikan lagi sesi lepak korang.

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Teh Tarik ORI F&N atau macam mana korang nak join sesi lepak teh tarik virtual terbesar di Malaysia ni, korang boleh terus ke Facebook F&N Dairies Malaysia atau layari je laman web rasmi F&N Life.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×