Seorang lelaki terlepas hukuman gantung digantikan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan atas pertuduhan memukul dan merogol seorang wanga emas yang nazak.
Rogol warga emas
Memetik laporan Sinar Harian, Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman gantung terhadap tertuduh iaitu Zulkiple Mohamad, 45.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee, Zulkiple telah memasuki kediaman mangsa melalui siling sebelum memukul bahagian kepalanya menggunakan sebatang kayu besbol.
Ketika mangsa sedang nyawa-nyawa ikan, pemohon telah merogol mangsa dengan kesan kecederaan di bahagian kemaluan mangsa mendapati kejadian itu berlaku sebelum mangsa mati.
Kayu besbol yang digunakan bukan dibawa olehnya, sebaliknya ditemui di kediaman mangsa membuktikan dia tidak berniat untuk membunuh mangsa daripada awal.
Sementara itu, tertuduh dikatakan telah memberi kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan kes malah telah insaf dan menyertai pelbagai kursus sepanjang berada di penjara.
Sumber: Sinar Harian