Seorang penceramah pendidikan awal kanak-kanak tampil menjelaskan sama ada pad yang digunakan ketika haid perlu dibasuh atau tidak.

Artikel Berkaitan: Anes Ayunie Reda Rahim Dibuang, Tidak Lagi Datang Haid – ‘Allah Nak Aku Puasa & Solat Penuh

Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Dedah Selalu Bergaduh Dengan Suami Setiap Kali Haid, Amal Istighfar Lembutkan Hati – ‘Adakah Ini Normal?’

Pad perlu basuh ke tidak?

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, penceramah yang dikenali sebagai Iwana Aisyah tampil menjawab persoalan seorang individu mengenai sama ada pad yang dipenuhi darah haid perlu dibasuh sebelum dibuang.

Menurut penceramah berkenaan, pad tidak perlu dicuci namun perlu diuruskan dengan baik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Saya penceramah pendidikan awal haid kanak-kanak dan remaja.

Pad memang tak perlu basuh tapi perlu diuruskan dengan baik selepas digunakan.

Dalam pada itu, penceramah tersebut turut menjelaskan bahawa tiada dalil yang mewajibkan pad dicuci selepas digunakan.

Guru saya pun mengajar pad tidak perlu dibasuh.

Banyak sebabnya, tiada dalil dalam agama, kotor, najis dan sebagainya.

Sumber: Threads @iwanaaisyah