Sesi debat berkenaan isu Doula: Peneman Ibu atau Pengganti Doktor di TV Alhijrah kelmarin mendapat perhatian meluas di media sosial. Pelbagai respon yang diterima daripada netizen termasuklah cara pengacara mengendalikan program.

Selaku penerbit dan pengacara Analisis, Syafinaz Yunus memberitahu tempoh satu jam yang ada tidak lama. Dia hanya bertanyakan soalan penting melihat kepada aspek kemudaratan yang lebih besar.

Kebenaran harus dibuktikan

 

View this post on Instagram

 

1 jam itu tidak lama. Dalam tempoh itu, hanya soalan yang benar2 penting harus diajukan. Melihat aspek mudarat yang lebih besar. Di Malaysia, host juga perlu menitik beratkan soal menjaga maruah panel & tidak memalukan beliau.. . walaupun host tahu panel tidak bercakap benar, kita akan terus bertanya & biar rakyat menggunakan akal untuk menilai . KEBENARAN harus dibuktikan . Itu OBJEKTIF Program . Membuktikan kebenaran demi kemaslahatan ummah . Jika anda sering menonton Program ‘Hard talk’ terbitan media antarabangsa, Host nya lebih kritikal, lebih straight forward, akan provoke panel sampai panel mengaku . Mengapa mereka buat begitu, sebab mereka mempunyai BANYAK bukti & fakta kenyataan2 yang pernah dikeluarkan & dilakukan panel tersebut . Namun saya tak rasa, rakyat Malaysia sudah bersedia mempunyai host sebegitu. Host akan dikecam teruk sehingga objektif program tidak kesampaian. Dan ANALISIS TV ALHIJRAH , tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak. Pasti akan ada pihak bercakap ‘Host patut tanya itu & ini’, Host tanya soalan merapu, Host tak perlu membebel, tanya je soalan, Tiada siapa mahu dengar ulasan host & bla bla bla bla.. . Namun percayalah, sejak 2 tahun lalu Program ini bersiaran, Objektifnya adalah, Meraikan Ilmu & Memberi Kebenaran, Walaupun pahit untuk kita semua telan . Finaz Yunus Penerbit & Pengacara Analisis TV AlHijrah #betruthfulnotneutral #analisisfinazyunus

A post shared by Finaz Yunus (@finazyunus) on Feb 23, 2019 at 7:49pm PST

Tambahnya lagi, dia juga perlu menitikberatkan soal menjaga maruah dan tidak memalukan panel. Walaupun host tahu panel tidak bercakap benar, dia harus terus bertanya sehingga kebenaran terbongkar.

Jelasnya lagi, objektif program adalah untuk merungkai kebenaran dan rakyat perlulah menggunakan akal untuk menilai. Jika dibandingkan dengan rancangan di Barat, dia berpendapat rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk mempunyai ‘host yang lebih kritikal’.

Fikir panjanglah wahai ibu

Malah, Syafinaz turut menasihati ibu bapa agar berfikir panjang dan tidak merisikokan diri sendiri di saat kecemasan.

Sumber : Finaz Yunus