berita

‘Perlu Makan Guna Straw’ – Kanak-Kanak Dihempap Peti Ais Kini Tak Mampu Berdiri & Bertutur

August 2nd, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun parah selepas ditimpa peti ais di rumahnya di Taman Cempaka, Nilai pada 12 Julai lalu. Selepas 3 minggu menjalani rawatan, Muhammad Fawwaz dibenarkan pulang namun keadaannya kini tidak seperti dulu.

Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mampu berdiri dan bertutur kesan daripada kecederaan di bahagian kepala.

Perlu makan guna straw

Mohd Bukhari percaya anaknya tidak dihempap peti ais itu sepenuhnya tetapi dipercayai pada bucunya peralatan elektrik berkenaan.

Doktor memaklumkan ia kesan kecederaan dialami di bahagian kepala. Doktor beritahu keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama.

Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw.

Dia turut memaklumkan anaknya dibenarkan keluar wad selepas tiga minggu dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Cuba ikhtiar

Tambahan, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini.

Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu.

Menurutnya, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur walaupun anaknya dibenarkan keluar wad.

Sumber : Harian Metro

 

SKIP THIS AD ×