berita

‘Perlu Sedia Dari Semua Aspek, Bukan Nafsu Semata’ – Imran Aqil Kongsi Pendapat Kahwin Usia Muda

September 26th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Imran Aqil

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil berpendapat tidak salah sekiranya ada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga di usia yang muda.

Artikel Berkaitan: Belum Rancang Miliki Cahaya Mata, Imran Aqil Hormat Keputusan Isteri – ‘Dahlia Perlukan Masa’

Artikel Berkaitan: Sweetnya.. Imran Aqil Ilhamkan Lagu ‘Bunga Dahlia’ Buat Isteri, Dahlia Rizal

Kahwin usia muda

Imran Aqil

Menurut Imran, perkara utama untuk mendirikan rumah tangga adalah seseorang itu perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri.

Pada pandangan saya tiada masalah pun jika seseorang itu ingin kahwin di usia yang muda mahupun berumur. Apa yang penting adalah dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab.

Kalau umur dia baru sahaja 19 tahun tapi sudah bersedia dari setiap sudut, saya bersetuju sahaja dia berkahwin.

Imran berkongsi mengenai perkara itu ketika menjawab pertanyaan peminat sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Tambah penyampai radio Hot FM itu, antara aspek yang perlu dititikberatkan adalah fizikal, kewangan dan spiritual.

Perlu bersedia dari tiga aspek iaitu kewangan, fizikal dan spiritual. Spiritual itu adalah iman, niat untuk berkahwin.

Jadi untuk berkahwin kena jaga niat untuk agama dan meramaikan lagi keturunan Nabi Muhammad iaitu orang Islam. Bukan sebab nafsu semata-mata.

Pada 10 September lalu, Imran atau nama sebenarnya atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, selamat bergelar suami kepada pempengaruh media sosial iaitu Dahlia Rizal, 22.

SKIP THIS AD ×