berita

‘Permaisuri, Cintaku & Isteri Tercinta’ – Essam Muhammad

June 17th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Berita perkahwinan aktivis, Mizz Nina bersama pilihan hati, Essam Muhammad yang juga merupakan penyanyi rap telah menggembirakan hati pengikut setia sehinggakan ‘trending’ di media sosial.

Artikel Berkaitan: Mizz Nina Umum Nikah Kali Kedua, Jumpa Pengganti Nama Essam Muhammad

Perjalanan luar biasa

Terbaru, di Instagram (IG), Essam telah memuat naik foto romantik bersama Mizz Nina. Menerusi kapsyen yang ditulis, Essam bersyukur kerana Allah SWT telah pertemukan mereka berdua sebagai suami isteri.

Alhamdulilah, hidup ini indah bagi saya. Kata-kata sahaja tidak akan adil untuk menyatakan rasa syukur saya kepada Allah kerana mengurniakan saya wanita yang paling menakjubkan. Permaisuri, cintaku dan isteriku tercinta.

Kata Essam, perjalanan mereka berdua begitu indah dan penuh makna selepas dikurniakan dengan ketentuan Allah SWT.

Perjalanan ini benar-benar luar biasa kerana Allah sentiasa memberi kita apa yang kita perlukan dalam kehidupan kita pada masa tepat.

Kadang-kadang kita fikir kita tahu apa yang terbaik untuk kita, tetapi sesungguhnya Yang Maha Bijaksana akan menunjukkan kepada kita kebijaksanaan dengan cara yang tidak kita sangka.

Dalam pada itu, Essam berdoa agar dirinya dan pemilik nama Shazrina Azman saling menjadi penyejuk mata masing-masing.

Semoga hati kita terus terbuka agar dapat diisi dengan keimanan dan membawa kita ke arah kedekatan. Semoga kita sentiasa menjadi penyejuk mata masing-masing.

Semoga kasih sayang kita melangkaui kehidupan yang sementara ini agar jiwa kita dapat bersatu melepasi pintu syurga.

Pada malam Khamis, Mizz Nina mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Terdahulu, vokalis Hujan, Noh Salleh, dan Mizz Nina, mengesahkan sudah bercerai pada 4 Ogos 2022. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sekitar April tahun lalu, mereka memperkenalkan Musa sebagai anak angkat.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×