berita

‘Pernah 10 Jam Dalam ‘Labour Room’ Baru Anak Keluar’ – Elfira Loy Bimbang Nak Bersalin Anak Kedua, Mohon Tips Dari Netizen

March 15th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sedang menghitung hari untuk melahirkan anak kedua, pelakon, Elfira Loy meluahkan rasa teruja dan risau sebaik sahaja mengenangkan momen melahirkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf, tiga tahun yang lalu.

Cuba kongsi tips semula

It’s gonna be four of us soon celebrating raya this year. Syukur Alhamdulillah. As for now , i just wanna pray for a smooth delivery. Bila fikir-fikir balik , takut sangat. Mine was not that easy last time, 2 hari contraction kuat. 10 hours in the labor room. Barulah Abang Rayyan keluar. But Inshaallah with Allah’s will everythings gonna be okay this time. Tak sure tips apa yang betul betul berkesan nak cepat bersalin. Cuba share balik.

Di Instagram, Elfira meminta pandangan dan tips daripada semua pengikutnya agar urusan bersalinnya nanti dipermudahkan Allah. Menurut Elfira, dia berharap proses melahirkan anak kedua ini jauh lebih mudah dan okay. Ini kerana, melahirkan anak pertama pada tiga tahun lalu bukanlah suatu perkara yang senang buat dirinya.

Bergantung rezeki dan badan

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Elfira berkongsi pengalaman bersalin mereka. Menurut netizen, setiap individu tidak sama dan ianya bergantung kepada keadaan badan para ibu. Tambah netizen, Elfira kena tahu teknik meneran yang betul agar urusan bayi untuk keluar nanti dipermudahkan. Selain itu, netizen memohon supaya Elfira sentiasa berfikiran positif semasa mengandung dan bersalin.

Sumber: Elfira Loy

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×