Pernah mempunyai rekod jenayah rogol kanak-kanak di bawah umur, atlet bola tampar Belanda iaitu Steven van der Velde menerima ejekan daripada penonton selepas dia dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.
Artikel Berkaitan: Angkat Perwira Sebagai Inspirasi Utama, Koleksi ‘The Malaya’ Rizman Ruzaini Bakal Jadi Tumpuan Di Paris
Artikel Berkaitan: Celine Dion & Lady Gaga Bakal Berduet Di Pentas Olimpik 2024, Dibayar RM9 Juta Untuk Satu Lagu?
Penonton tak puas hati
Menerusi laporan Express, atlet berusia 29 tahun itu dan pasukannya membuka kempen mereka dengan berdepan Itali dalam Kumpulan B.
Menerusi perlawanan tersebut, penonton jelas tidak berpuas hati dengan keputusan untuk membenarkan van der Velde beraksi dalam temasya Olimpik.
Ketika kemunculan pertamanya di Paris, Van der Velde diejek penonton yang membuat bunyi ‘boo’ dari tempat duduk masing-masing pada permulaan perlawanan.
Terdahulu, Van der Velde dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun pada 2016 setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dari Britain.
Dia hanya menjalani 12 bulan daripada hukuman tersebut sebelum dibenarkan menyambung kerjaya bola tamparnya.
Bulan lalu, dia dipilih untuk mewakili pasukan Belanda di Olimpik 2024.
Sumber: Express